LUPA

Lupa adalah hal yang biasa terjadi pada manusia. Namun pada masa kini, lupa juga sering terjadi pada orang yang masih muda. Sehingga memunculkan istilah,

"Masih muda tapi sudah pelupa.."


Penyakit lupa disebabkan oleh hati yang lalai mengingat Allah SWT. Lupa yang muncul kerana lalai mengingati Allah SWT akan terubati dengan selalu mengingat Allah SWT, mengingat nikmat yang telah diberikanNya kepada kita, mengingat tanda-tanda kebesaranNya melalui apa yang telah diciptakanNya di langit dan di bumi, dan mengingat hari pembalasan.

"Dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa"

(Al - Kahfi : 24)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KESAKSIAN YANG PALSU

Kesaksian » Tidak boleh bersaksi dengan persaksian palsu.


Telah menceritakan kepada kami, Abdan telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah telah mengabarkan kepada kami Abu Hayyan An-Taimiy dari Asy-Sya'biy dari An Nu'man bin Basyir radliallahu 'anhuma berkata: “Ibuku bertanya bapakku perihal sebagian pemberiannya kepadaku dari hartanya kemudian dia ingin memberikannya semua kepadaku, maka ibuku berkata,

"Aku tidak rela sampai kamu persaksikan kepada Nabi SAW. Maka ayahku membawaku, saat itu aku masih kecil, menemui Nabi SAW lalu berkata, "Sesungguhnya ibunya, Binti Ruwahah, bertanya kepadaku tentang sebahagian pemberianku kepada anak ini"


Beliau bertanya, 

"Apakah kamu memiliki anak selain dia ini". 


Bapaku menjawab,
"Ya, punya"


Dia berkata,

"Aku menduga Beliau bersabda, "Janganlah engkau ajak aku dalam persaksian yang curang"


Dan berkata, Abu Hariz dari Asy Sya'biy,

"Aku tidak mahu bersaksi di atas kecurangan"



Dari Kitab Sahih Bukhari Muslim

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MAKHLUK ITU MATI, ALLAH JUALAH YANG WUJUD

FirmanNya,

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat" 
(Al - Insaan : 2)

Lihatlah jadual Allah SWT terhadap manusia. Makhluk ciptaanNya seumpama bayang-bayang untuk meNYATAkan keKUASAanNya mengatur setiap percaturan hidup mengikut kehendakNya jua.



Maksudnya :-

Makhluk itu, bersifat Mati (tiada),
Allah jualah, Yang Hidup (wujud).


Makhluk itu, tidak ada kehendak,
Allah jua, Yang Berkehendak.


  1. "Kami jadikan Dia, berkeadaan Mendengar dan Melihat"
  2. "Dan TIADA kamu berkeMAHUan"
  3. "Dan Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita"
  4. "Tuhan menunjukkan mereka kejalan yang lurus"


Dari kalamullah di atas, apakah yang dapat kita fahami maksud yang tersirat di sebalik kalam yang tersurat itu..?


Oleh itu, apabila membaca Al - Quran, selamilah sekali perbendaharaan kata-kata Allah SWT itu sehingga faham dan yang memberi faham itu adalah Allah jua lah di atas keikhlasan kita menghayati bacaan tersebut.


Dan lihatlah sayang serta kasihaniNya terhadap setiap ciptaanNya yang diberi "akal fikiran" untuk memahami akan petunjukNya "mengenal" Pencipta melalui kalamNya menuju jalan yang lurus (tidak terpesong) agar jauh dari syirik yang membawa kepada kekufuran (ingkar) dan seterusnya membawa kepada kekafiran (derhaka) yang menjadi seteru terhadap keESAanNya.

"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah ; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)"
(Al - Insaan : 30)


"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya ; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus"
(Al - Maaidah : 16)


Yang paling utama dalam hidup ini, adalah "keikhlasan hati" dalam menyempurnakan setiap ibadah di jalan Allah SWT dengan melakukan secara tersembunyi dan sebenar-benarnya di atas mahuNya / kehendak Pencipta itu sendiri.


Wahai Allah yang menghatikan sebuah hati, tetapkan hatiku terhadap Deenmu. Aamiin.


Allah sentiasa memerhatikan hati kita. Sedangkan, kita selalu melupakan dia. Allah tak pernah melupakan kita kerana Dia mengasihi kita. Tapi kita selalu membelakangkan Dia kerana tidak sukakan Dia. Dia teramat melayani kita tapi selalunya kita mengabaikan ayat-ayatNya. Akan sampai satu ketika di mana kita akan lupakan Allah. Kata Allah,

"Orang-orang kafir itu ialah orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami"
(Al A'raaf : 51)


Allah menghatikan sebuah hati. Allah yang menguasai hati kita.. Dia bolak balikkan ikut kehendak Dia dan juga ikut niat dan usaha kita. Apa yang Dia buat sesuai dengan sangkaan kita. Hadis qudsi Allah SWT mengatakan,

"Aku seperti sangkaan hambaKu"


Jika fikir baik maka baik jadinya. Jika fikir buruk maka buruklah jadinya. Jika kita fikir baik maka di sebalik buruk itu kita nampak yang baik-baik sahaja. Contohnya pencuri. Buruk di mata orang tapi kita pandang di sebalik perbuatan mencuri tu mungkin pencuri tu jahil mungkin terdesak lalu kita dekati dia dan cuba bantu dia. Itulah nilai hati. Kita dan orang lain ibarat kita bercermin. Itulah cermin hati. Kita pandang orang, itulah nilaian hati kita. Hati yang baik hanya nampak kebaikan di sebalik keburukan. Hati yang baik tidak pernah nampak keburukan kerna hati itu tahu di sebalik keburukan itu adalah jua berlaku dengan izin Allah Yang Maha Baik juga. 


Jadi, tiadalah layak hati itu menilai buruk pada kun fa yakun Allah. Pada Dia, setiap ketentuan Allah itu hikmah nilainya. Lalu, hati itu sentiasa bahagia. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. Itulah nilai hati untuk ketenangan dan kebahagiaan abadi. Tiada duka hanya ada bahagia. Sentiasa redha dan syukur. Itulah hati yang di dalamnya mahabbah pada Rabbnya. Hati itu telah hidup di sisi Allah telah bernilai. Itulah namanya Allah yang menghatikan sebuah hati. Hati yang hidup itu sentiasa di dalam jagaan Allah SWT agar sentiasa tertumpu pada agama suci ini.


Ada manusia menangis kerana tidak mampu buat dosa atau gembira berjaya buat dosa.

Ada manusia menangis kerana terlepas hasrat memiliki dunia atau berjaya memiliki dunia. 

Ada manusia menangis kerana gagal mentaati Allah dan ada yang menangis kerana berjaya mentaati Allah. Ini amat sikit. 

Ada orang yang menangis kerana merasa tidak berjaya menyintai Allah. 

Ada yang menangis kerana merasa yakin Allah telah menyintai dirinya. Yang begini juga amatlah sikit. 


Ya semua saudaraku, 


Semua kita pernah menangis dan semua kita tahu kenapa kita menangis. Nilailah semula tangisan kita sama ada untuk Allah atau untuk dunia atau untuk nafsu..? Jika tangisan kita itu untuk Allah, syukurlah. Tapi, andainya tangisan kita itu kerana dunia atau kerana munkar maka ketahuilah bahawa tangisan itu juga adalah munkar dan dosa. 


Orang bertaqwa adalah mereka akan menangis kerana pernah menangis selain untuk Allah. Subhanallah. Jika kita tebal kejahilan kita akan berbangga dengan hati kita yang penuh dengan mazmumah kerana kita yakin hita ini amat bersih dan amat baik berbanding hati orang lain. Tebalnya kejahilan akan menyebabkan kita tak tahu dan tidak mahu menilai kesolehan orang lain sebagai kesolehan. Bahkan kita akan menilai mereka yang soleh dengan nilai munkar dan kufur. Inilah bahayanya kejahilan. 


Janganlah kita jadi gini. Allah. Berikanlah kami ilmu dan pimpinanMu agar kami memahami penyakit-penyakit hati kami. Jangan kita rasa susah hati kerana ada orang yang masih kuat, yakin kita ini buruk kerana ulama-ulama yang terang-terang baik dan soleh itu pun ramai manusia yakin mereka jahat dan buruk. 


Bahkan Nabi Muhammad kita yang begitu baik dan tertinggi jujurnya dan penyayangnnya itu pun hingga hari ni baginda masih lagi ramai yang yakin Rasulullah jahat dan buruk. Bahkan bukan sekadar itu, Allah Taalaa yang Maha Pengasih, Maha Penyayang itu pun jutaan manusia menafikan Dia sebagai tuhan. Bukan sekadar menafi Allah sebagai tuhan bahkan yakin Allah itu palsu dan buruk. 


Jadilah kita orang yang tidak rimas dan kesal dengan sangka buruk orang ke atas kita. Yang perlu kita bimbang dan risau adalah kemurkaan Allah ke atas kita. Yang penting kita berlumba-lumba mengasihi Allah bukan mengenepikan Allah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CARA MENUJUNYA SEDANGKAN ALLAH TIDAK BERTEMPAT

Bagaimanakah ada jalan menujuNya sedang Dia tidak bertempat..? Iaitu atas amal kepadaNya dan tujuan kekal padaNya tidak pada yang lain.. Manusia dan keliling itu adalah hijab yang mengambil tempatNya, jika kita terlupa padaNya dengan dalil,

"Sesaat kamu lupa aku, sesaat aku lupa kamu"

JalanNya atas amal dan ingat (zikir) padaNya setiap saat.. Bila bicara adab padaNya, kita 'jaga' Allah, Allah jaga kita.. Dimaksudkan 'jaga' itu adalah jaga adab pada Dia.. Contoh, "Minggu depan aku nak pergi KL.." Nampak tidak salah pada pernyataan itu.. Tapi tidak beradab pada Allah SWT.. Adakah dia tuhan sehingga boleh kata minggu depan nak ke KL..? Adakah dia tahu esok lusa dia sihat..? Adakah dia tahu minggu depan ada halangan atau tak..?


Cara yang lebih beradab,


"InsyaAllah, jika diizinkan Allah Taala, minggu depan aku ke KL.." 



Contoh kedua,


"Tolong pergi buat air" 


Air tu Allah dah buat.. Ayat sepatutnya, 


"Boleh bancuhkan air teh"



Atau lebih beradab pada Allah lagi, 


"Atas kudrat yang Allah berikan, boleh bancuhkan saya teh..?"


Itulah orang-orang terdahulu, bahasa mereka sungguh berseni.. Dia Dzat tidak bertempat.. Jalan kepadaNya bukan seperti jalan kita pergi ke kedai atau pergi ke masjid.. Jalan kita padaNya adalah sentiasa ingat padaNya.. Sentiasa istiqomah atas amal kita dengan niat kita untuk mencapaiNya (MengenalNya - MakrifatNya)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JANGAN TINGGALKAN AMAL

Jangan meninggalkan amal sebab takut tidak ikhlas. Beramal sambil meluruskan niat itu lebih baik dari tidak beramal langsung.


Jangan meninggalkan dzikir hanya sebab ketidakhadiran hati. Kelalaian kita dari dzikir itu lebih buruk daripada kelalaian kita saat berdzikir.


Jangan meninggalkan al quran sebab tidak tahu maknannya. Ketidaktahuan makna dalam membaca al quran itu masih lebih baik daripada ketidakmahuan membaca firmanNya.


Jangan meninggalkan dakwah sebab kecewa. Kesabaran kita bersama orang-orang soleh itu lebih baik daripada kesenangan kita bersama orang-orang yang tidak soleh.


Jangan meninggalkan amanah sebab beratnya amanah. Beratnya amanah yang kita pikul insyaAllah setanding dengan beratnya timbangan amal yang akan kita dapatkan.


Jangan meninggalkan medan perang kerana tercedera. Kematian di medan perang itu lebih baik daripada hidup dalam kelenaan


Jangan meninggalkan kesantunan kerana orang lain bersifat kasar. Kesantunan kita di saat dikasari hanya akan menambah kemuliaan dan mengundang simpatiNya.

"Ya Allah yang memalingkan hati manusia, palingkanlah hati diatas ketaatan kepadaMu. Wahai yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agamaMu"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

AKU HANYA SEORANG PERINDU



Hujan membawa aromanya sendiri,
Dikala rintik rintik jatuh ke bumi menyentuh dedaunan yang haus kerinduan,
Hujan membawa suasana sendu,
Melepaskan kerinduan bumi akan langit.


Dan aku..?
Aku hanya seorang perindu,
Yang menghujani namamu dalam bait bait sajak sendu.
Dan kamu..?
Kamu hanya objek rindu,
Yang banyak aku tulis dalam cerita cerita yang ku goreskan.


Aku hanya seorang perindu,
Yang hanya mampu menghujani air mata dalam tiap sujud malamku,
Diam ini, rentang yang kita ciptakan sendiri,
Dan rindu ini, adalah jarak yang memisahkan rasa.


Dalam diam aku mengadah bersimpuh pada setiap sujud malam,
Menyatakan rindu pada Rabbku bercerita tentang dunia yang banyak menguji,
Dalam diam aku bertahan menahan segala rindu yang mengacaukan sinyal pada Rabbku,
Menyatakan rindu dalam rangkaian sketsa barisan kata puisi.


Aku menantimu sembari berdoa untuk kebaikanmu.
Perbatasan daratan dan lautan.
Perbatasan daratan dan langit,
Seperti itulah batas jarak yang memisahkan kita agar kita saling merindu dan bersatu dalam suatu waktu.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ALLAH DI HATI

Semasa Rasulullah SAW dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur, ketika tu dalam perjalanan nak berhijrah ke Madinah.. Musuh-musuh Islam dah berdiri dekat depan pintu gua dan almost jumpa Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar..


Ketika Sayyidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW menenangkannya dengan berkata, 

"Jangan takut, Allah bersama kita"


Itulah kehebatan Rasulullah.. Allah sentiasa di hatinya meskipun di ambang maut..


Di Da'thur, seorang tentera musuh datang menyerang hendap Rasulullah lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, 


"Siapakah yang akan menyelamatkan kamu daripadaku..?" 


Jawab Rasulullah SAW dengan penuh yakin, 

"ALLAH"

Dengar je jawapan tu, Da'thur terus gementar dan suddenly pedangnya pun terlepas dari leher baginda SAW.. Itulah kehebatan Rasulullah SAW.. Allah sentiasa berada di dalam hatinya..


Diceritakan juga, pada suatu hari, time Khalifah Umar Al Khatab nak menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir.. Khalifah Umar tanya, 


"Boleh kau jual kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ni..?"

"Maaf tuan, tidak boleh.. Kambing ni bukan saya punya.. Ia milik tuan saya.. Saya hanya diamanahkan utk menjaganya saja"

"Kambing ni terlalu banyak dan tak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini.. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing tu dimakan serigala, tuanmu takkan mengetahuinya" Desak Sayyidina Umar sengaja menguji..
.
"Kalau begitu, di mana ALLAH..?" Ujar pengembala kambing tu..

Sayyidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi dalam hati budak tu.. Walaupun hanya seorang pengembala kambing yakni pekerja bawahan, tapi, dengan kejujuran dan keimanannya, dia ada kedudukan yang tinggi di sisi Allah.. Jelas ada DIA di hatinya..


Pastu ada lagi satu kisah, tentang Sayyidina Khalid Al Walid.. Khalid Al Walid diturunkan pangkat dari seorang jeneral kepada askar biasa oleh Khalifah Umar.. Keesokannya, Sayyidina Khalid tetap ke medan perang denga semangat yang sama.. Tak terjejas sikit pun perasaan dan semangat beliau walaupun diturunkan pangkat.. Bila ditanya kenapa, Sayyidina Khalid menjawab,

"Aku berjuang bkn kerana Umar"

Ya, Sayyidina Khalid Al Walid berjuang kerana Allah dan semestinya DIA ada di dalam hatinya.. Jadi, di mana DIA di hati kita..? Kalau tengok balik anekdot-anekdot dalam kisah di atas, sejujurnya aku kagum, terkesima, malah sedih dengan diri sendiri sebab walau sehebat mana pemuda pemudi kita, tapi takkan ada yang sifat Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali, DLL dalam jiwa pemuda sekarang..


Tanya diri masing-masing, adakah kita sentiasa bergantung harap pada Allah ketika senang dan susah..? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati.. Di sanalah (hati) sewajarnya cinta Allah bersemi.. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah cinta yang lain.. Tapi, jika sebaliknya, maka cinta Allah akan terpinggir..


Teringat kata-kata daripada ulama, 

"Bila Allah di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya.. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki"

Ketika mana seorang sufi diajukan satu soalan,

"Apakah engkau takutkan Allah..?" 


Dia menangis dan menjawab,

"Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak.. Jika aku katakan tidak, aku menjadi seorang yang kufur.. Sebaliknya, jika aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik.. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata.. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah.. Tapi, aku tidak"

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, apatah lagi kita.. Jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri.. Peringatan buat diriku terutamanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERHIKMAHLAH DALAM BERDAKWAH

"Serulah manusia kepada jalan TuhanMu denga hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang terbaik"
(An Nahl : 125)

Allah ajar kita uslub dakwah.. 3 cara dalam potongan ayat di atas, iaitu :
  1. Hikmah
  2. Pelajaran yang baik
  3. Membantah dengan cara yang baik


"Membantah atau berdebat adalah teknik dakwah yang TERLEMAH"

Sebab membantah dengan cara yang baik tidak terbatas hanya pada kata-kata.. Tapi, juga terbaik dalam sikap, terbaik dalam akhlak, terbaik dalam penampilan, terbaik dalam harta, dan semuanya..! Sebab itu lah Islam ajar kita cara menegur dengan hikmah (Berilmu dan beradab) iaitu melalui tangan, lisan dan selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati..


Agak-agaklah kan, kalau kita buat salah orang tegur kita straightly dan dengan cara yang tajam dan menyakitkan hati, agak-agak kita boleh terima ke..? Ke hati berdolak dalih menyoal balik sikap si penegur terhadap kita..? So, kita pun tak nak orang berkasar dengan kita seolah-olah kita ni lebih jahat dari Firaun, dan of course semua orang nak ditegur dengan bahasa yang elok.. Baru la senang terima..


Yes, people may say, the acceptance of the advice itself is different among people.. Aku sokong tu.. Aku sendiri pun kadang-kadang perlukan kata-kata yang tegas untuk pedoman diri aku sendiri.. Tapi, bukanlah sepanjang hidup aku nak kene guna cara yang keras untuk diri aku sendiri.. Dan untuk menasihati orang juga, bukan dengan kekasaran semata-mata.. Ate, sampai bilanya nak berkasar..? Tapi, perubahan tetap 0 malah mungkin mencapai angka - negative.. Perdebatan yang keras dan tajam, tak mampu nak ubah orang untuk ubah pendiriannya.. Yang akan berubah, adalah hati yang asalnya lembut menjadi semakin keras dan gelap..


"Hati manusia ni ibarat botol-botol kaca dan sangat mudah 'pecah', maka berhati-hatilah kalian mengiringinya"
(Masyaikh)


Rasulullah SAW time berdebat dengan kaum Nasrani dekat Najran, waktu baginda mampu mematahkan semua argument (hujah) , dan kaum Nasrani ni memang awal-awal dah tahu yang Nabi Muhammad SAW tu benar dan diorang sememangnya salah, diorang just cakap,

"Wahai Muhammad, kami tahu yang engkau sampaikan itu benar.. Tapi, kami tenteram dalam agama kami"


Taufiq dan hidayah memang milik Allah.. Tapi, di sini kita nak tengok perbandingan perdebatan kita dengan cara Rasulullah SAW bermuzakarah.. Beza sangat.. Cara kita mungkin pada awalnya mahu menegakkan kebenaran tapi lastly mahu menegakkan KEMENANGAN.. Dan niat asal sememangnya dah lari jauh dari landasannya.. Bagi kita manusia yang iman kadang-kadang naik dan turun, niat kita pun tak mampu nak maintain sama dengan sekali niat, mesti perlu diperbaharui (tajdid) kan..? So, apa guna berdebat jika cara yang lebih baik tu masih ada..?


Rasulullah berdakwah dengan kafir pun penuh dengan adab dan akhlak yang tinggi.. Ni kita, berbahas sesama Islam, sampai gaduh-gaduh, bertengkar hanya kerana tidak sefikrah.. Hanya sebab pendapat yang berbeza.. Asyik berbahas isu yang sama.. Perdebatan ilmu yang pada awalnya mungkin dapat menambah ilmu tapi akhirnya melemahkan iman sebab tewas dengan nafsu amarah. Belum lagi bab putus silaturrahim tak bertegur sapa dan sebagainya..


Maka, HIKMAH.. Membiarkan orang lain melihat dan 'merasakan’ serta mendapatkan kesan yang positif dari akhlak dan adab kita.. Dakwah tu menyampaikan perkara yang baik.. Tak semestinya melalui kata-kata yang lantang, malah juga melalui akhlak..


"Real dakwah is when you carry yourself as a genuine, polite and concern human being because you are in a time when everybody is selfish"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MENJADI DIRI SENDIRI YANG DISALAH TAFSIR

Menjadi diri sendiri selalu disalah tafsir..


"Aku dekat rumah liar, kat luar kene liar juga.. Jangan hipokrit, tunjuk baik or sopan depan orang.. Jadi diri sendiri la"


Islam bukan agama yang 'jujur' tidak berhujah.. Ia menggalakkan kecantikan, keindahan.. Berakhlak dengan kecantikan dan keindahan, sekalipun ia bukan watak sebenar kita, ia masih satu peluang.. Peluang menyenangkan umum..


Bukti..? Agama larang kita membuka aib di depan orang ramai, meskipun dosa dan kekurangan diri sendiri..


Jika masih menganggap berwatak ganas tu sebagai menjadi diri sendiri, saya cadangkan, usah jadi diri sendiri..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

8 THINGS I LEARNED BY THE AGE OF 18

8 things I learned by the age of 18 :

  1. Everything takes time.. Whether it's getting over someone, making a change or finishing something.. It takes time.. And that’s okay.. We're always in a hurry and we forget to appreciate or even just accept the process..

  2. Other people are not the answer.. You may think others can heal you or make you feel better, which they might.. However, in the end, it’s up to you.. Learn how to love yourself instead of waiting for someone else to do it..

  3. Grow.. Never stop working in yourself on things you're passionate about, or on your future.. Grow into the person you want to become - Even if you're not sure who that is..

  4. The more you wait, the more time you waste.. Don't keep telling yourself  "You’ll do it tomorrow" Now is now and who knows what happens tomorrow..

  5. Often, people are temporary.. Accept it.. It hurts, it's unfair, but sometimes friendships end or people leave.. Treasure every moment you have with someone rather than being afraid it could end..

  6. Some days will suck and it's okay.. Find peace in the days you're feeling sad, find peace in being bored.. Without having bad days, good days wouldn't be as good..

  7. Don't let anyone determine who you are.. Only you decide which way you're going, only you decide what you wear and only you decide what you want to be like.. Don’t let anyone take that right away from you..

  8. Change is inevitable.. No matter if it's positive or negative, change is one of the few things you can always rely on…Don't fear it, but feel reassured - You won't live the same life all along..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ISTERI, JANGAN REBUT CINTA SUAMIMU DARI IBUNYA

Khas untuk ISTERI..


Di saat kita berdoa, memohon kepada Allah agar didatangkan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami kita, Allah tidak serta merta menurunkan suami kita dari langit begitu saja.. Tapi jauh sebelum kita memohon kehadirannya bagi kita, ada seorang wanita yang terlebih dulu memohon kehadirannya kepada Allah, dalam rahimnya.


Wanita itu, dengan segala susah payah mengandungkannya dan melahirkannya, penuh doa dan harapan terhadap keselamatan bayinya. Wanita itu, bersabung nyawanya di bilik bersalin, demi kehidupan bayi yang dilahirkannya. Wanita itu yang menyusuinya, memberikan siang dan malam waktunya untuk merawat buah hatinya itu. Mendidik dan mengasuhnya dengan mengorbankan semua yang dimilikinya.


Menghabiskan masa mudanya, untuk membesarkan anakanda, kerana begitu besar cintanya terhadap puteranya. Anak lelaki itu tumbuh menjadi seorang pemuda yang baik dan gagah. Bayi yang telah dewasa itu adalah suami kita. Ternyata kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..


Dan kini, wanita itu telah menjadi seorang wanita tua. Tak ada yang dia harapkan selain cinta tulus dari puteranya. Setulus cinta wanita itu sepanjang hidupnya, semenjak mengandung dan membesarkannya hingga dewasa. Maka, jangan rebut cinta suami kita dari ibunya. Biarkan dia mengisi satu tempat istimewa di hati suami kita. Satu sisi istimewa lain di hatinya pasti diperuntukkannya untuk kita. Relakan suami berbagi cinta untuk kita dan ibunya. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..


Mengalahlah. Biarkan suami kita lebih mengutamakan kebahagiaan ibunya. Hormatilah dia, muliakanlah dia, sebagaimana kita menghormati dan memuliakan ibu kita. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita.. Bantulah suami kita untuk berbakti kepada ibunya. Bantulah suami kita menjaga pintu syurgaNya. Nescaya kita akan mendapatkan tiga cinta sekaligus. Cinta suami kita, cinta ibunya dan yang paling utama cinta Allah. Semoga pahala yang besar akan Allah berikan untuk kita kerananya..


Aamiin Ya Robb..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JADI BAIK DAN AJAK BUAT BAIK

Niat nak ajak orang buat baik dah okay.. Cuma, elak mendesak sangat.. Cuba faham dan beri masa.. Kita bukan Tuhan.. Kita tak mampu ubah hati orang.. Lebih-lebih lagi kalau orang tu memang rapat dengan kita, tahu perangai dan kelemahan kita.. Kalau cara kita over, makinlah dia tak suka..


Cuba kita contohi Rasulullah SAW.. Baginda berjaya menarik orang sebab dua benda ni :
  1. Dakwah bil hal (Baginda sendiri tunjuk contoh baik)
  2. Dakwah fardiyah (Berbaik dengan orang)

Jadi, kalau kita nak jaga hubungan baik kita dengan orang, nak bagi orang senang nak dengar cakap kita, kita ikut cara atas tu . Dia nak terima atau tak terima tu, biiznillah.. 


Sambil kita menasihati, sambil tu kita baiki diri.. 
Biiznillah.. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WHY DESTINY ALLOWED SOME PEOPLE TO MEET..?

"I don’t understand why destiny allowed some people to meet, when there’s no way for them to be together"


A Reason, a Season, or a Lifetime..


People come into your life for a reason, a season, or a lifetime.. When you figure out which one it is, you will know what to do for each person..


When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support.. To aid you physically, emotionally or spiritually.. They may seem like a godsend, and they are..! They are there for the reason you need them to be..


Then, without any wrong doing on your part, or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end..


Sometimes, they die..

Sometimes they walk away..

Sometimes, they act up and force you to take a stand..


What we must realize is that, our need has been met, our desire fulfilled, their work is done.. The prayer you sent up has been answered.. And now it is time to move on..


When people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow, or learn.. They bring you an experience of peace or make you laugh.. They may teach you something you have never done.. They usually give you an unbelievable amount of joy.. Believe it..! It is real..! But, for a season..


LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.. Your job is to accept the lesson, love the person, and put what you have learnt to use in all other relationships and areas of your life.. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

LIHATLAH APA YANG DITEGUR, BUKAN SIAPA YANG MENEGUR

Kita selalu menilai SIAPA YANG MENEGUR, bukannya APA YANG DITEGUR. Insan yang lemah macam kita ni, tak akan terlepas dari kesilapan. Kesilapan ni akan berterusan selagi kita tak sedar dan selagi tak ada orang yang menegur kita. Tapi, tak semua manusia boleh terima teguran dengan hati terbuka. Termasuklah diri aku juga.


Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayyidina Umar RA. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang tengok pun pelik lalu bertanya,


"Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak..?"


Sayyidina Umar RA menjawab, 


"Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi tegurannya kepada ku benar"


Biasanya manusia yang tak suka ditegur ni, adalah manusia yang dipenuhi dengan EGO. Sikit atau banyak EGO tu, bergantung pada individu.


Diriwayatkan daripada Tamim Al Dari bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 

"Agama adalah nasihat"


Kami pun bertanya,

"Untuk siapakah wahai Rasulullah SAW" 


Jawab baginda,

"Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, pemerintah umat Islam dan orang Islam.
(Riwayat Muslim)

Orang yang menegur pun ada peranan penting terhadap apa yang ditegur. Jangan sampai dilabel sebagai "cakap tak serupa bikin" atau pun "bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Jadi, orang yang menegur perlu lebih berhati-hati terhadap kata-katanya.


Bila nak tegur tu, tengoklah tempat dan masanya. Rasulullah pernah ingatkan, bahawa suatu kebenaran tu perlu dinyatakan walaupun pahit. Islam dah sedikan guideline untuk menegur.


Niat kita nak menegur tu, pastikan betul dan tulus. Tegur demi kebaikan orang tu dan tiada tujuan seperti ingin menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa yang buruk. Elakkan "memilih bulu" kalau nak menegur. Kalau benci si A tapi nampak dia buat salah, tegur juga. Jangan sebab kita tak suka dia, kita biarkan je dia dalam kegelapan..


Sebelum nak tegur, pastikan ada 3 perkara ni :

  1. Tak merendah-rendahkan orang yang ditegur

  2. Waktu yang sesuai untuk menegur

  3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Tegur dengan hikmah.. Hikmah ni dengan berilmu dan lemah lembut tanpa ada unsur-unsur MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. Firman Allah SWT,

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik"

Tak ada cara sentap-sentap. Memang setengah orang kata, elok sentap-sentap. Tapi, antara dakwah dan silaturrahim, silaturrahim lebih wajib dijaga. Antara dakwah dan adab, adab lebih utama. Matlamat tak halalkan cara kalau menegur cara kurang beradab tu. Cegah sebelum terlambat.


Cuba bayangkan, kalau kita banyak buat salah, buat dosa yang bertimbun-timbun, tapi tak ada siapa yang menegur dan betulkan kesilapan kita. Kalau kita buat salah, pastu ada orang tegur, terimalah.. Sebab diorang tak mahu kita terus hanyut. Bila ditegur dengan caranya, hasilnya nasib kita pun berubah.


Rasulullah SAW bersabda, 

"3 perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi, keadaan saling menyedarkan antara satu sama lain dan menyantuni saudaranya (yang memerlukan)"
(Riwayat Al Dailami)

"Hidup seorang mukmin sepatutnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain"
(Riwayat Bukhari) 


Jika melihat suatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran, kita wajib mencegah.


Marilah tegur menegur sesama Islam. Takut cara menegur yang lagi memalukan akan terpaling pada kita sebab ada 2 keadaan di mana Allah sendiri akan buka aib kita. Keadaannya :

  1. Apabila selalu cari salah orang lain

  2. Apabila selalu buat maksiat secara sembunyi

Kesannya bukan kita saja malu.. Malah yang tak bersalah, orang sekeliling kita pun dapat tempiasnya. Jadi, sebelum ianya berlaku, lebih baik kita ikut cakap orang yang menegur kita. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang hikmah supaya mad'u dapat terima teguran dengan hati terbuka..


Wallahualam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

QAWA'ID FIQHIYYAH

Definisi Qawa'id Fiqhiyyah

Qawa’id Fiqhiyyah merupakan satu disiplin ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap mukallaf walaupaun sekadar secara umum. Ianya adalah sangat wajar untuk dituntut dan dikuasai kerana kepentingan dalam kaedah-kaedah fiqh biarpun sekadar menguasai asas-asas penting. Sebagaimana Firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa) ; "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Al-Baqarah : 127)


Dari segi bahasa Qawa'id membawa maksud asas rumah atau dengan kata lain Qawa'id adalah kata jamak dari perkataan arab yang membawa maksud yang sama. Kalimah ini mempunyai pelbagai maksud berdasarkan bahasa arab seperti seorang perempuan yang duduk, pemalas, undang-undang dan ibu negeri.


Dari segi istilah syarak menurut Mustafa Ahmad Al-Zarqa' dalam kitabnya, kalimah qawa'id ini membawa maksud hukum yang dipraktikkan ke atas seluruh masalah juz'iyyat. Pada pendapat ulama usul fiqh maksud Qawa'id dari segi istilah ialah hukum kulli yang bersifat umum yang dipraktikkan ke atas semua hukum untuk mengetahui hukum daripadanya. Ada juga terdapat dari golongan ulama Usul Fiqh yang telah menjalaskan bahawa pengertian berkenaan qawa'id dari segi istilah dengan makna hukum kulli atau lebih bersifat umum yang dipraktikkan ke atas semua hukum untuk mengetahui hukum daripadanya.




Faktor Terbentuknya Qawa'id Fiqhiyyah 



Peranan Para Ulama dan Mujtahid

Faktor kewujudan kaedah fiqhiyyah adalah kerana peranan para ulama dan mujtahid kerana golongan ini sangat memainkan peranan penting dalam penggunaan akal fikiran mereka berdasarkan daripada sumber perundangan yang selari dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa mengira masa dan tempat. Para mujtahid juga sentiasa berusaha dengan berijtihad bagi memahami nas-nas dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang berkonsep umum terhadap permasalahan yang berkait dengan furu' yang baru dan sentiasa muncul sebagai contoh konsep al-qiyas, istihsan, 'uruf dan sumber-sumber yang lain. Walaupun terdapat dalam rangka ijtihad mempunyai dalil-dalil yang lebih bersifat zanni yang telah diperselisihkan ataupun mempunyai pendapat yang berbeza di dalam kalangan ulama dan juga para mujtahid.


Walaupun begitu, mereka semua bersatu dan bersepakat dan terus berusaha ke arah yang terbaik dalam mencari keredhaan Allah SWT. Para ulama dan mujtahid mengkaji dengan lebih mendalam pada setiap ruang serta sumber perundangan Islam yang sangat luas dan seterusnya mereka berijtihad dengan ilmu-ilmu yang mereka ada. Para ulama dan mujtahid akan berijtihad bagi memahami nas-nas serta akan mengkaji prinsip-prinsip syariat yang bersesuaian dengan keadaan masa dan tempat. Mereka menggunakan kaedah yang berbentuk umum bagi masalah khusus atau furu' yang bersifat baru yang sentiasa wujud dalam masyarakat.




Penafsiran Nas Yang Pelbagai

Faktor lain yang menyebabkan wujudnya kaedah fiqhiyyah ialah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama dan fakta sejarah dimana kerana terdapatnya di antara nas-nas yang ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Pelbagai masalah yang kebiasaanya adalah berbentuk umum yang menyebabkan wujudnya pandangan yang berbeza-beza dan ada terdapat nas-nas yang mutlak melahirkan banyak pendapat untuk diikatkan atau untuk memuqayyadkannya.




Wujudnya Kaedah-Kaedah Umum Berasaskan Adat

Faktor yang seterusnya sehingga wujudnya kaedah fiqhiyyah ialah adalah kesan dari terdapatnya kaedah-kaedah umum yang lebih berasaskan kepada adat kebiasaan yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi ke generasi yang lain bagi penyesuaian dengan permasalahan hukum furu'. Dari kerana itulah ianya memerlukan sumber-sumber akal fikiran dan amalan-amalan yang berterusan yang dijadikan sebagai adat atau 'uruf dalam pengeluaran hukum yang fleksibel di samping menangani persoalan semasa yang sentiasa wujud sehingga ke hari ini.


Permaslahan adalah disebabkan fiqh dan furu’ yang terlalu banyak dan luas maka sangat perlu kepada satu cara penetapan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah tertentu supaya ianya akan menjadi lebih mudah untuk mengembalikan semua permasalahan. Para ulama telah mengembalikan semua masalah furu' tersebut kepada lima kaedah asas yang utama dan kesan dari itu juga telah terbentuknya pelbagai lagi kaedah seperti kaedah kuliyyah dan juz'iyyah.




Kaedah Qawa'id Fiqhiyyah


1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat

Kaedah ini mambawa maksud setiap perkara adalah menurut tujuannya atau pun dengan kata yang lebih mudah ialah setiap perkara akan dikira berdasarkan kepada niat. Ianya membawa maksud setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mukallaf adalah berdasarkan kepada niatnya dan kaedah ini telah diambil dari banyak hadis dan diantaranya ialah hadis daripada Anas yang membawa maksud,

"Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat"
(HR Al-Baihaqi)


Niat adalah merupakan perkara yang sangat penting dan menjadi syarat sah yang utama sama ada dikira sah atau pun batal dan seterusnya melibatkan perkara yang berpahala atau pun berdosa. Dari kerana itulah sekiranya amalan yang dilakukan tanpa niat yang baik tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.




Pecahan Kaedah

Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan adat atau tidak ada kesamaran dengan yang lain sebagai contoh seperti beriman kepada Allah SWT takut dan mengharap kepadaNya dengan membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi. Bentuk amalan ini adalah berbeza dengan amalan yang lain dan adalah diwajibkan berniat pada membaca Al-Quran apabila dinazarkannya bagi membezakan antara yang fardhu dengan yang lain.


Disyariat ta'yin (menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan tetapi tidak di syaratkan ta'yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain sebagai contoh ialah disyariatkan ta'yin seperti solat dan tidak diperlukan ta'yin seperti taharah, haji dan umrah.


Terdapat amalan-amalan yang disyaratkan ta’yin dan jika tersalah ta'yin maka ia membatalkan amalan itu dan di antara contohnya ialah tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya dan dari solat zohor kepada solat asar.




2. Perkara Yang Yakin Tidak Dihalangkan oleh Keraguan

Kaedah ini membawa maksud setiap perkara yang tidak yakin berlaku maka keraguan yang datang kemudian bagi meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Sekiranya seseorang itu telah yakin perkara yang telah ditetapkan oleh hukum terhadapnya dan selepas itu timbul syak terhadap keyakinan tadi maka keyakinan asal tidak dapat dihilangkan kecuali dengan keyakinan yang baru. Sebagaimana hadis abu Sa'id Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud,

"Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : Tiga atau empat..? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan"




Pecahan Kaedah

Asal sesuatu perkara kekal mengikut keadaan sebelumnya yang membawa maksud kaedah ini mengekalkan sesuatu hukum masa selepas atau akhir mengikut sabit hukum masa lampau. Sebagai contoh jika seseorang itu yakin bersuci dan kemudian dia syak terkeluar hadas maka dihukumkan kepadanya masih bersuci.



Asal sesuatu itu tidak ada yang bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada dan tiada yang asal dikembalikan sehingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal. Sebagai contoh, seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan diizinkan tetapi pemilik menafikannya maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan.


Asal bagi sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil yang menunjukkan haram yang bermaksud kaedah ini menunjukkan yang halal dan haram itu jelas dan perkara didiamkan itu adalah dimaafkan sebagai contoh jika terdapat binatang, tumbuhan dan buah yang tidak diketahui dengan jelas kedudukan halal dan haramnya maka hukumnya adalah halal dimakan.




3. Kesusahan Membawa Kemudahan

Kaedah ini menerangkan apabila terdapat kesulitan dalam menunaikan perintah Allah SWT maka perintah itu diringankan tidak seperti yang asal sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang membawa maksud,

"Sesungguhnya kamu diutus untu memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan"




Pecahan Kaedah

Sesuatu perkara apabila tersempit ia akan menjadi luas sebagai contoh seorang wanita yang ingin menikah dan telah kehilangan walinya sedangkan tidak terdapat juga wali hakim di tempat tu maka dibolehkan melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwini dengan lelaki pilihannya dan selain dari itu juga diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk sara hidup




4. Kemudaratan Hendaklah Dihapuskan

Kaedah ini membawa maksud kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan sebagaimana dalil yang bermaksud,

"Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan"




Pecahan Kaedah

Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang membawa maksud sesuatu kemudaratan itu tidak akan dihilangkan dengan cara menimbulkan bahaya yang lain. Sebagai contoh seseorang doktor tidak boleh sama sekali mengambil darah untuk ditambahkan kepada pesakit yang memerlukan darah sehingga menyebabkan orang itu tenat dan boleh membawa maut.


Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan yang bermaksud apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan maka perlaksanaanya hendaklah diarah kepada mencegah kemudaratan. Oleh yang demikian perkara yang mencegah kerosakan akan diutamakan dan sebagai contoh hukum furu' yang lahir daripada kaedah ini seperti menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.




5. Adat Dijadikan Hukum

Kaedah ini adalah berkait rapat dengan dengan sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan sebagai hukum dan para ulama telah menetapkan bahawa ‘uruf merupakan salah satu daripada hukum yang tiada nas syarak. Terdapat sedikit perselisihan di kalangan ulama dalam mentafsirkan pengertian adat dan ‘uruf namun ianya adalah perbezaan kecil sahaja sedangkan skop dan konsepnya adalah sama.




Pecahan Kaedah

Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku berterusan yang membawa maksud sesuatu adat kebiasaan yang berada pada kedudukan syarat yang berlaku secara berterusan dan terdapat juga adat yang berlaku secara tidak berterusan dan memerlukan nas atau dalil untuk mengharuskanya sehinggakan dikira sebagai hukum. Sebagai contoh seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut sampai ke rumah setiap bulan. Apabila berlaku akad langganan walaupun tanpa menyebut penghantaran maka majalah tersebut secara langsung akan dihantar terus dan jika tidak pelanggan boleh menuntutnya.


Berlaku pertentangan antara 'uruf umum dan 'uruf khas yang bermaksud adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan umat Islam dengan adat kebiasaan yang berlaku dalam sesetengah negara umat Islam sahaja yang sama memberi kesan kepada hukum. Sebagai contoh seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad namun menurut adat kebiasaan penggunanya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran dan pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.




Kaedah Asas dan Pecahan Qawa'id Fiqhiyyah

Pecahan bagi kaedah asas yang pertama iaitu setiap perkara dinilai berdasarkan niat ialah :


  • Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadah yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan ada kesamaran dengan yang lain.

  • Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta’arrud baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan itu, maka ia tidak memudaratkan (tidak batal)

  • Melakukan apa yang tidak dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan.

  • Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz umum.

  • Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya





Pecahan bagi kaedah asas yang kedua iaitu perkara yang yakin tidak dihilangkan oleh keraguan ialah :


  • Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya.

  • Apa yang ada semenjak dulu dibiarkan atas kedahuluannya.

  • Asal seseorang adalah bebas daripada tanggungjawab.

  • Asal segala sesuatu ialah tiada.

  • Asal pada sifat atau perkara baru mendatang ialah tiada.





Pecahan bagi kaedah asas yang ketiga iaitu kesusahan membawa kemudahan ialah :


  • Sesuatu perkara jika menjadi sempit (susah), hukumnya menjadi luas.

  • Kemudaratan membolehkan tegahan.

  • Perkara-perkara darurat ditentukan mengikut kadarnya.

  • Apa yang diharuskan kepada orang yang uzur terbatal dengan hilang keuzuran tersebut.

  • Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain





Pecahan bagi kaedah asas yang keempat iaitu kemudaratan hendaklah dihapuskan ialah :


  • Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.

  • Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan.

  • Dipilih yang paling ringan antara dua keburukan.

  • Membendung kerosakan lebih utama daripada menarik kebaikan.

  • Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat.





Pecahan bagi kaedah asas yang kelima iaitu adat dijadikan hukum ialah :


  • Apa yang telah diktiraf adat (sebagai harus atau haram) dihukum dengannya.

  • Sesungguhnya adat yang diterima pakai ialah apabila ia berlaku berterusan atau secara kebiasaan.

  • Pengetahuan dengan keredaan menafikan pengharaman.

  • Hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk adat.

  • Perkara yang dilarang adat hukumnya diterima pakai.





Aplikasi Kaedah Semasa


Berdasarkan kepada kajian membuktikan bahawa keputusan Majlis penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS) sebagai rujukan utama yang mendedahkan penggunaan kaedah fiqh yang telah digunapakai bagi mengharuskan instrumen-instrumen Pasaran Modal Islam di Malaysia.


Syarikat bercampur didefinisikan oleh MPS SS sebagai sebuah syarikat yang aktiviti utamanya terdiri daripada aktiviti yang dibenarkan Syariah, namun terdapat juga aktiviti sampingan yang haram tetapi nisbahnya kecil. Dalam mengharuskan syarikat bercampur dimasukkan dalam senarai Sekuriti Yang Diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, MPS SS memutuskan beberapa kaedah fiqh sebagai sumber sokongan kepada beberapa penghujahan lain seperti 'uruf, maslahah dan berasaskan kepada pandangan fuqaha' silam dan semasa.


Kaedah Fiqh yang digunakan ialah Al-Mashaqqah Tajlib Al-Taysir, Al-Amr Idha Daqa Ittasa'a dan Ma 'Ammat Baliyyatuh Khaffat Qadiyyatuh. Kaedah-kaedah ini pada dasarnya mengandungi maksud yang hampir sama dan menyokong antara satu sama lain. Dalam kes syarikat bercampur yang aktiviti utamanya halal, MPS SS memutuskan beberapa kriteria dan ukur rujuk sebelum memasukkannya dalam senarai Lulus Syariah.


Dua kaedah fiqh iaitu La Darar Wa La Dirar dan Al-Darar Yuzal digunakan sebagai sumber ketiga selepas As-Sunnah dan Al-Qiyas dalam pengharusan ta’wid. Kedua-dua kaedah ini memfokuskan kepada prinsip darar. Kaedah pertama menerangkan Islam tidak membenarkan umatnya melakukan perkara yang boleh membawa mudarat dan memudaratkan orang lain. Kaedah kedua pula menyatakan bahawa kemudaratan mestilah dihilangkan selaras dengan matlamat syariah yang mementingkan kemaslahatan hambanya.


Kaedah ini dikemukakan bagi membuktikan bahawa hukum ijtihadi boleh berubah dengan berlalunya zaman. Dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang pendapat minoriti fuqaha’ yang tidak mengharuskan syarikat bercampur jika digunapakai akan menyebabkan pertumbuhan Pasaran Modal Islam terhalang. Ditambah pula dengan hukum tersebut terbina atas asas suasana dan realiti silam.


Daripada kaedah fiqh tersebut, kita dapati bahawa setiap sesuatu yang mempunyai nilai yang boleh dijual beli dan dikenakan bayaran ganti rugi boleh disifatkan sebagai harta. Pada dasarnya kaedah ini menjadi panduan bagi MPS SS untuk menetapkan sesuatu produk dan instrumen pasaran modal sama ada ia termasuk dalam kategori harta atau tidak. Oleh itu, ternyata Waran Panggilan mempunyai ciri-ciri yang digariskan oleh al-Suyuti dan juga memenuhi definisi yang digariskan oleh sebahagian besar fuqaha’ apabila ia boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Antara ciri Waran Panggilan yang membuktikan bahawa ia bernilai dan bermanfaat ialah waran ini memberi pemegangnya hak untuk membeli sebilangan saham tertentu dalam syarikat pendasar dengan harga yang dipersetujui.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KADANG-KADANG, KITA TAK PERASAN

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita dok sibuk hal dunia,
Hal akhirat tertinggal di belakang..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita tegur-tegur orang buat salah,
Tapi kita pun buat benda yang sama..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita mengata orang,
Tapi kita tak tengok kelemahan diri kita sendiri..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yang kita perlu perbetulkan,
Tapi kita tak boleh nak terima pandangan orang lain terhadap kita..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita rasa kita paling hebat,
Tapi sebenarnya orang rasa kita ni berlagak pandai dan banyak memandai-mandai..


Kadang-kadang kita tak perasan, 
Kita dah buat salah,
Tapi kita tak boleh nak terima teguran..


Sejauh mana kita PERASAN..? Kita sebenarnya hamba Allah yang juga manusia biasa.. Yang sangat-sangat perlukan masa untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri untuk perkara yang telah kita lakukan..


Kadang-kadang, kita tak perasan semua tu, sebab kita manusia biasa yang hidup penuh dengan perasaan.. Sebab tu lah kita perlukan SAHABAT IMAN di dunia ni untuk menegur perkara yang kita tak perasan, untuk menegur salah dan silap kita agar tak terjatuh dalam lubang yang sama..

Muhasabah diri.. Peringatan ini untuk diri saya sendiri teruramanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BEBASKAN DIRI DARI UJUB

Al-Habib Umar bin Hafidz


- GURU MULIA MENJAWAB -



Pertanyaan :

Bagaimana membebaskan diri dari sifat ‘ujub (bangga diri) ..?



Jawab :-

Cara menghapus sifat 'ujub dari dalam diri adalah dengan mengingat hakikat kita. Hakikat kita adalah berasal dari sesuatu yang tidak ada, dan puncak kita adalah kembali kepada Tuhan untuk memperhitungkan amal perbuatan kita. Bagaimanakah makhluk yang hidupnya ada di antara awal yang tak ada dengan puncak yang dikembalikan untuk diperhitungkan amalnya, dapat merasa bangga terhadap dirinya..?


Allah berfirman, 

"Tidaklah nikmat yang ada pada dirimu kecuali berasal dari Allah." 
(An Nahl : 53)

Segala keutamaan hanyalah milik Allah dan bukan milik kita sama sekali. Hendaklah kita menyaksikan kelebihan itu hanya milik Tuhan semata, dan menyedari bahaya jika Dia memperhitungkan amal kita dengan teliti. Jika Allah membuat perhitungan atas amal yang kita perbuat maka dipastikan Dia akan mengazab kita, walaupun yang diperhitungkan itu adalah amal yang paling utama. Namun dengan keutamaanNya semata, Dia memberikan pahala, anugerah, dan melipatgandakan amal kebaikan. Merenungi hal-hal di atas akan membebaskanmu dari penyakit 'ujub.


اللّهمّ صلِّ على سيّدنا محمّدٍ وآله وصحْبه وسلِّم

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SIFAT MAANI

Sifat maani adalah sifat nafsu dan syaitan.. Sifat maknawiyah adalah sifat ketuhanan.. Pulangkanlah sifat maani tu kepada Allah yang mengaku kita perbuat ibadah selama ini.. Itulah keakuan yang membentuk syirik..


Maksudnya, jangan kita rasa ibadah kita itu adalah dari usaha dan keupayaan kita sebab yang beri kita daya untuk beribadah adalah Allah.. Kita ini tiada daya.. Allah yang titipkan daya itu pada kita dengan rahmat dan kasih sayangNya pada kita sepertimana rezeki-rezeki kita yang lainnya.. 


InsyaAllah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERHALA HATI

Sifat yang dituntut Allah SWT kepada makhluk yang bernama manusia atau insan (pelupa) adalah sifat mahmudah.. Sifat mazmumah itu sifat yang tidak dituntut malah sifat itu membawa kesyirikkan khofi.. Iaitu yang halus tanpa sedar, hati telah mensyirikkan Allah. Sifat mahmudah itu membawa hati merendah diri. Sombong, riak, takbur, ego, berbangga diri, semua itu sifat mazmumah. Sifat mahmudah pula berlawanan darinya.. Contohnya merendah diri, baik hati, tawadhu' dan segala sifat baik yang lain.


Selalu Sang Salik bercerita tentang berhala hati.. Inilah antara berhala hati yang dimaksudkan iaitu sifat mazmumah.. Ada ilmu menyangka diri pandai. Ada kelebihan, merasa diri lebih dari yang lain.. Sebab tu ada nafi. Supaya ingat itu milik Allah SWT. Itulah penyakit hati. Bila ada berhala dalam hati, orang tegur dia akan melenting.. Kena palu dengan zikrullah. InsyaAllah, dia merunduk.. Tapi, si syaitan pula akan ambil alih.. Campak amarah dan sebagainya. Itulah yang dikatakan peperangan dalam diri kalau ingin menundukkan nafsu.


Penyakit hati ini selalu terjadi. Kadang-kadang, tanpa sedar.. Selalu la nafi dan memperhalusi sifat.. Sama-sama la kita berperang dengannya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KATEGORI WANITA ISLAM

WANITA MUSLIMAH
  • Memikirkan hal duniawi, seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini.
  • Memuatnaik gambar walaupun menutup aurat.

  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yang dilakukannya.




WANITA MUKMINAH
  • Memikirkan cara utk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan kepada orang lain.

  • Sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk.

  • Memikirkan cara berpakaian yg tidak tabarruj supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi.




WANITA MUTTAQIN
  • Memikirkan sepenuhnya kepada akhirat, mencari redha Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukannya.

  • Menyibukkan diri untuk bekalan di akhirat kelak dan memikirkan tentang keadaan umat Islam dan sentiasa mendoakan umat mendapat hidayah dan beroleh syurga Allah.


Sayyidatina Aisyah RA berpesan, 

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"

Muliakanlah diri kita dengan taqwa. Jagalah kehormatan kita dan perhiasilah keperibadian kita dengan cahaya daripada Allah SWT. Jangan rasa bangga dengan kecantikan kita. Sesungguhnya itu bukan KEMULIAAN bagi kita, sebaliknya KEMURAHAN diri sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...