JANGAN TINGGALKAN AMAL

Jangan meninggalkan amal sebab takut tidak ikhlas. Beramal sambil meluruskan niat itu lebih baik dari tidak beramal langsung.


Jangan meninggalkan dzikir hanya sebab ketidakhadiran hati. Kelalaian kita dari dzikir itu lebih buruk daripada kelalaian kita saat berdzikir.


Jangan meninggalkan al quran sebab tidak tahu maknannya. Ketidaktahuan makna dalam membaca al quran itu masih lebih baik daripada ketidakmahuan membaca firmanNya.


Jangan meninggalkan dakwah sebab kecewa. Kesabaran kita bersama orang-orang soleh itu lebih baik daripada kesenangan kita bersama orang-orang yang tidak soleh.


Jangan meninggalkan amanah sebab beratnya amanah. Beratnya amanah yang kita pikul insyaAllah setanding dengan beratnya timbangan amal yang akan kita dapatkan.


Jangan meninggalkan medan perang kerana tercedera. Kematian di medan perang itu lebih baik daripada hidup dalam kelenaan


Jangan meninggalkan kesantunan kerana orang lain bersifat kasar. Kesantunan kita di saat dikasari hanya akan menambah kemuliaan dan mengundang simpatiNya.

"Ya Allah yang memalingkan hati manusia, palingkanlah hati diatas ketaatan kepadaMu. Wahai yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agamaMu"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

AKU HANYA SEORANG PERINDU



Hujan membawa aromanya sendiri,
Dikala rintik rintik jatuh ke bumi menyentuh dedaunan yang haus kerinduan,
Hujan membawa suasana sendu,
Melepaskan kerinduan bumi akan langit.


Dan aku..?
Aku hanya seorang perindu,
Yang menghujani namamu dalam bait bait sajak sendu.
Dan kamu..?
Kamu hanya objek rindu,
Yang banyak aku tulis dalam cerita cerita yang ku goreskan.


Aku hanya seorang perindu,
Yang hanya mampu menghujani air mata dalam tiap sujud malamku,
Diam ini, rentang yang kita ciptakan sendiri,
Dan rindu ini, adalah jarak yang memisahkan rasa.


Dalam diam aku mengadah bersimpuh pada setiap sujud malam,
Menyatakan rindu pada Rabbku bercerita tentang dunia yang banyak menguji,
Dalam diam aku bertahan menahan segala rindu yang mengacaukan sinyal pada Rabbku,
Menyatakan rindu dalam rangkaian sketsa barisan kata puisi.


Aku menantimu sembari berdoa untuk kebaikanmu.
Perbatasan daratan dan lautan.
Perbatasan daratan dan langit,
Seperti itulah batas jarak yang memisahkan kita agar kita saling merindu dan bersatu dalam suatu waktu.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ALLAH DI HATI

Semasa Rasulullah SAW dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur, ketika tu dalam perjalanan nak berhijrah ke Madinah.. Musuh-musuh Islam dah berdiri dekat depan pintu gua dan almost jumpa Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar..


Ketika Sayyidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW menenangkannya dengan berkata, 

"Jangan takut, Allah bersama kita"


Itulah kehebatan Rasulullah.. Allah sentiasa di hatinya meskipun di ambang maut..


Di Da'thur, seorang tentera musuh datang menyerang hendap Rasulullah lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, 


"Siapakah yang akan menyelamatkan kamu daripadaku..?" 


Jawab Rasulullah SAW dengan penuh yakin, 

"ALLAH"

Dengar je jawapan tu, Da'thur terus gementar dan suddenly pedangnya pun terlepas dari leher baginda SAW.. Itulah kehebatan Rasulullah SAW.. Allah sentiasa berada di dalam hatinya..


Diceritakan juga, pada suatu hari, time Khalifah Umar Al Khatab nak menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir.. Khalifah Umar tanya, 


"Boleh kau jual kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ni..?"

"Maaf tuan, tidak boleh.. Kambing ni bukan saya punya.. Ia milik tuan saya.. Saya hanya diamanahkan utk menjaganya saja"

"Kambing ni terlalu banyak dan tak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini.. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing tu dimakan serigala, tuanmu takkan mengetahuinya" Desak Sayyidina Umar sengaja menguji..
.
"Kalau begitu, di mana ALLAH..?" Ujar pengembala kambing tu..

Sayyidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi dalam hati budak tu.. Walaupun hanya seorang pengembala kambing yakni pekerja bawahan, tapi, dengan kejujuran dan keimanannya, dia ada kedudukan yang tinggi di sisi Allah.. Jelas ada DIA di hatinya..


Pastu ada lagi satu kisah, tentang Sayyidina Khalid Al Walid.. Khalid Al Walid diturunkan pangkat dari seorang jeneral kepada askar biasa oleh Khalifah Umar.. Keesokannya, Sayyidina Khalid tetap ke medan perang denga semangat yang sama.. Tak terjejas sikit pun perasaan dan semangat beliau walaupun diturunkan pangkat.. Bila ditanya kenapa, Sayyidina Khalid menjawab,

"Aku berjuang bkn kerana Umar"

Ya, Sayyidina Khalid Al Walid berjuang kerana Allah dan semestinya DIA ada di dalam hatinya.. Jadi, di mana DIA di hati kita..? Kalau tengok balik anekdot-anekdot dalam kisah di atas, sejujurnya aku kagum, terkesima, malah sedih dengan diri sendiri sebab walau sehebat mana pemuda pemudi kita, tapi takkan ada yang sifat Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali, DLL dalam jiwa pemuda sekarang..


Tanya diri masing-masing, adakah kita sentiasa bergantung harap pada Allah ketika senang dan susah..? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati.. Di sanalah (hati) sewajarnya cinta Allah bersemi.. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah cinta yang lain.. Tapi, jika sebaliknya, maka cinta Allah akan terpinggir..


Teringat kata-kata daripada ulama, 

"Bila Allah di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya.. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki"

Ketika mana seorang sufi diajukan satu soalan,

"Apakah engkau takutkan Allah..?" 


Dia menangis dan menjawab,

"Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak.. Jika aku katakan tidak, aku menjadi seorang yang kufur.. Sebaliknya, jika aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik.. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata.. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah.. Tapi, aku tidak"

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, apatah lagi kita.. Jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri.. Peringatan buat diriku terutamanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...