NIQAB WARNA-WARNI

Kadang-kadang sedih melihat sikap sesetengah niqabis yang suka kondem niqabis itu sendiri. Bukan memberi teguran malah sering merasakan niqabis lain terpesong niat apabila mengenakan niqab selain HITAM. Mangsa fesyen muslimah itulah yang sering mereka laung-laungkan. Apakah warna-warna ceria seperti hijau muda, pink dan unggu adalah warna yang menarik perhatian lelaki..? Dan merosakkan imej seorang niqabis..?

Apabila merasakan diri sudah TERLALU benar, maka di situlah sebenarnya timbul masalah. Niqabis lain semuanya salah, betulkan niat untuk berniqab ~ rata-rata berkata begitu. Sedangkan sudah berpakaian mengikut syariat, niqabis "berwarna" dikatakan tidak paham pakaian niqabis bersyariat. Allahu Rabbi.

Kadang-kadang kita ni kena banyak berfikir sebelum berkata-kata. Betulkan juga niat kita. Mengapa begitu sakitnya hati melihat warna niqabis selain hitam..?
(Lieutenantt J. O'c)


Di atas saya kongsikan pendapat dari akhi Lieutenantt J.O'c yang saya rasakan memang benar apa yang beliau katakan. Memang betul telah wujud kelompok-kelompok yang suka menghakimi niat niqabis disebabkan hanya berpakaian selain dari hitam.


Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk menjawab semua tuduhan yang tidak berasas oleh sesetengah kelompok niqabis dan masyarakat yang mengatakan niqabis yang berpakaian warna-warni atau berniqab warna-warni adalah mereka yang berniqab hanya untuk berfesyen, pakai ikut trend, pakai bukan kerana ALLAH dan bla bla bla serta pelbagai lagi tuduhan yang tidak berasas ditujukan oleh niqabis yang berniqab selain warna hitam sehingga tanpa mereka sedari, mereka telah melemahkan semangat niqabis lain dengan memberi tuduhan yang tak berasas itu.


Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya berpakaian warna-warna jadi kenapa kita yang nak lebih-lebih..? Memang benar kata SAHABAT FB saya,


"Orang yang tidak berilmu, memang suka menyakitkan hati orang lain"


Ok, let's begin.


Boleh pakai pakaian BERWARNA di sini ada nas dan dalil-dalilnya.. Jangan mudah menghukum dan berkata TABARRUJ kepada sesetengah wanita kalau masih jahil apa itu maksud tabarruj.


Saya ulang sekali lagi, tak salah pakai pakaian berwarna. 


Ada pun pakaian wanita / niqab yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara logik tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Ini kerana wanita pada zaman Nabi SAW, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut. Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa'd,

"Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu'asfar (berwarna merah)"
(Riwayat Al-Baghawi dalam Syarh Al-Sunnah)

Mu'asfar bermaksud dicelup dengan 'usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi SAW bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu'asfar 

(Riwayat Ibn Abi Syaibah)

'Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu'asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita"
(Al-Baghawi dalam Syarh Al-Sunnah)

"Anas bin Malik melihat Umm Al-Kalthum puteri Rasulullah SAW memakai selendang daripada sutera bersulam emas"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga : "Isteri 'Abd Al-Rahman bin Al-Zubair datang mengadu kepada 'Aishah. Kata Aishah RA,

"Dia memakai pakaian berwarna hijau"


Maka kata Al-Imam Ibn 'Abd Al-Barr (463),

"Ada pun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah"
(Al - Tamhid, 16 / 123, Muassasah Al-Qurtubah)


Di sini jelas warna pakaian / niqab bukanlah satu kesalahan. Terpulang pada seseorang untuk memakainya warna yang digemari si pemakai. Amat malang jika ada sesetengah niqabis kurang memahami masalah ini lalu menetapkan hukum sendiri dari apa yang dibaca tanpa mengambil sesi pendapat yang lain. Jika hitam itu menjadi kewajiban dalam berniqab belum tentu ianya melambangkan kekuatan iman, para wanita syiah juga banyak yang mengenakan niqab hitam tapi akidahnya jelas berbeza dari kebenaran Al-Quran dan sunnah.


Kesimpulannya, BUKAN satu kewajipan untuk semua niqabis berpakaian serba HITAM. Pilihan warna pakaian mengikut kehendak masing-masing asalkan tidak berlebih-lebihan. Saya harap semua jelas tentang niqab / pakaian yang berwarna.


Masih tak puas hati dan mahukan dalil-dalil yang lain..? Klik Sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SESEORANG ITU



Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. 
Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. 
Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seseorang yang mampu memberi apapun.
Meskipun hanya secebis harapan dan senyuman.
Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan dan semangat dalam menuju menggapai sebuah impian.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi dan mencintai apa pun ada di sekelilingiku.
Sehingga pun jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi buat mereka untuk terus melangkah.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain.
Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang di pendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara.
Seorang sahabat yang bisa mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata.
Seorang sahabat yang bisa memegang erat tangan sahabatnya ketika sama-sama meniti di atas titian menuju jannah.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seorang anak buat ibu ayah dan cikgu.
Seorang anak yang dapat menginfakkan manfaat buat mereka di akhirat kelak.
Agar kesemua mereka tergolong dikalangan hambaNya yang bakal mengatur langkah kebahagiaan di atas titian menuju syurga bersama sebuah senyuman ketenangan.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seorang isteri buat seorang suami.
Seorang isteri solehah yang bisa membawa si suami berada dikalangan mereka yang soleh.
Tergolong di dalam keramaian bapa mithali dan hamba yang tawadu' di syurga nanti.
Kerana aku mahu dia merasa kemanisan itu.
Jika bukan di dunia, Insha Allah di syurga sana.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang.
Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan Tuhannya.
Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan.
Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana Tuhannya.
Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih bernyawa.


Aku bercita-cita menjadi seseorang.
Seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun pernah mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.


Cita-cita engkau biar tinggi
Biarlah bukan hari ini
Insha Allah suatu hari nanti
Meskipun ada yang kata, 'eh, boleh ke ni..?'
Ini antara aku dan Ilahi.


Meskipun nanti engkau sepi seorang
Terduduk tersimpuh di atas tikar mengkuang
Walaupun tiada siapa yang datang
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah berhenti menyayang.


Aku dihambat perasaan pedih cemburu
Cemburu pada mereka yang sudah layak menghidu harum syurgaMu
Malu sekali ibadahku tidak berlagu
Adakah aku layak bertemuMu..?
Allah, terimalah aku..


Aku rindu
Rindu ingin melihat wajahMu
Walau hanya sekilas mampu
Wajah yang selalu bersamaku tak kira ketika aku tersenyum atau menangis sedu
Tetapi adakah aku mampu
Ya Rabbi, ampuni aku..



Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak


Aku tegar 
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak 


Burung-burung hijau terbang
Ruhku tenang melayang
Syurga firdausi menungguku datang 
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum 
Di saat cinta mekarku bercantum


Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi


Kejayaan
Kebahagiaan
Bintang syuhada yang dirindukan


Datang datanglah wahai syahid 
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit


Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya



Dan jika Dia mengizinkan,
Aku mahu menjadi seseorang itu. 
Seseorang buat seseorang yang lain. 
Seseorang itu yang bukan lagi bergelar orang-orang ini yang hanya mampu bergerak ke sana dan ke mari apabila dihembus angin.
Moga Allah redha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

10 TIPS UNTUK BERTUDUNG LABUH

  1. Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

  2. Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah.

  3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz / ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

  4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring)

  5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

  6. Apabila hati sudah semakin kuat, semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

  7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

  8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki / Mesir / Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.

  9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1 - 6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah.

  10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ADAKAH NABI MUHAMMAD BUTA HURUF..?

Perdebatan yang teruk sampai maki hamun, tentang soalan :-

"Adakah Nabi Muhammad itu seorang yang tidak tahu membaca dan menulis..?"

Jadi ingin mengupas soalan demikian. Nabi Muhammad pada asalnya adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, maka Allah turunkan ayat 3 Surah Yasin (nuzul ayat) tetapi Allah kurniakan Nabi Muhammad ilmu iaitu ilmu wahbi.


Ilmu terbahagi kepada 2 jenis :-


  1. Ilmu Kasbi

  2. Ilmu Wahbi




Ilmu Kasbi

Ialah ilmu yang jenis diperoleh dengan jalan USAHA, talaqqi daripada satu kitab ke satu kitab, kita usaha dapat ilmu, dan Allah berikan ilmu kepada kita.




Ilmu Wahbi (ladunni)

Ialah ilmu yang jenis diperoleh dengan jalan TANPA USAHA, dengan makna lain, ialah ANUGERAH daripada Allah.


Maka Nabi Muhammad mendapat ilmu WAHBI daripada Allah, kerana itu daripada tidak tahu membaca dan menulis terus nabi muhammad tahu membaca dan menulis. Tetapi kita sebagai PENCINTA NABI MUHAMMAD tidak boleh mengatakan Nabi Muhammad itu tidak ada ilmu tidak pandai membaca dan tidak pandai pula ia menulis, kerana kita wajib BERADAB dengan Rasulullah SAW.


Jika kita mengatakan Nabi Muhammad tidak ada ilmu, samalah kita seperti kaum musyrikin Makkah yang mengutuk Nabi Muhammad sedemikian rupa.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BELAJAR BUKAN DALAM BIDANG AGAMA DI IPT

Slow-slow belajar agama, jangan terus nak 'up', belajar kitab nadah slow-slow. Biar la nadah dekat mana pun, kalau ada dekat masjid, nadah dekat masjid, kalau dekat umah orang, pegi nadah dengan dia kalau ada dekat pondok, nadah dekat pondok.


Walaupun ngaji bidang selain agama, akaun, multimedia, medic, dan apa-apa lagi, tapi jangan tinggal kuliah ilmu. Yang jadi masalah sekarang bila amik yang bukan bidang agama, pelajaran agama ditinggalkan.


Sampai kalau ditanya kepadanya berkaitan haid sekali pun, dia tak tahu. Entah macam mana dia beramal. Maka, jangan tinggal agama, teruskan belajar walaupun tak sebanyak budak-budak pondok yang malam pagi nadah kitab, tapi teruskan menuntut ilmu. Cukuplah sekadar untuk beramal atas diri kita sendiri dan keluarga, walaupun tak boleh nak mengajar orang lain.


Budak-budak pondok jangan pandang rendah dekat budak-budak IPT, mereka ngaji agama sikit-sikit, tak banyak macam korang. Tapi entah siapa tahu, di sisi Allah mereka lebih tinggi kedudukannya daripada kamu..! Apabila seseorang itu beriman maka dia saudara kita.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CARA LAYAN ORANG MARAH

Ada seorang dalam FB yang menyesatkan jemaah tabligh. Bagi dalil nuh bagi dalil nih. Tanya satu soalan je.

"Reti bahasa arab tak..?"

Rupanya tak reti Bahasa Arab, tapi dok ajak bahas, marah-marah maki hamun. Cara nak layan orang macam nih senang.

"Biarkan dia dengan kejahilan dirinya"

Nanti lama-lama dia penat la tu, dan dia akan berhenti. Bila dia dah benti tanya balik.

"Dah habes maki hamun ke..?"

Panas woo har har har. Apa pun kata guruku :-


Amal itu kenderaan


Sabar itu bekalan


Redha Allah itu destinasi


Kalau buat amal tapi tak ikhlas, maka buatlah amal dalam keadaan sabar. Lama-lama nanti muncul keikhlasan.

Allah suruh sabar, kerana Allah tahu ikhlas itu cukup susah

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

AHLI SUFI SESAT

Ada yang mention aku dekat gambar akhbar harian metro, dekat situ tulis ahli sufi dan gambarnya yang sedang cucuk mulut. Bila tengok gambar tu orang yang jahil terus kata :-


"Nih laa bukti ahli sufi sesat"


"Ahli sufi ni macam agama lain cucuk sana sini"


Orang jahil gini la, tengok terus nak menghukum, tapi ngaji malas. Hehehe. Maka aku yang dhaif terangkan setakat mana yang termampu yang dipelajari daripada guruku dalam kitab Tuhfah Ar-Rangibin karangan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menyatakan sufi ada 2 :-

  1. Sufi sodiq

  2. Sufi kazib

Sufi sodiq adalah sufi yang benar, mengikut hukum-hukum Allah, Al-Quran dan hadis, serta ijma' ulama' dan qias. Manakala sufi yang kazib pula golongan yang bersufi sufi padahal jauh sekali dengan akhlak ahli sufi. Macam tu juga dengan ulama' ada ulama' su dan juga ulama' azkiya'. Ada Muslim yang fasiq, ada muslim yang 'asi.


Jangan la terus nak hukum nuh sesat, nih sesat. Kita sorang je yang tak sesat, padahal dulu masa baby, kalau mak kita tak basuhkan berak kita, kita makan NAJIS. Tu pun tak sedar diri nak sesatkan orang nuh orang nih.


Barangsiapa yang mengkafirkan seseorang yang BERIMAN maka sesungguhnya kafir itu KEMBALI padanya.


Sama je macam salafi. Ada salafi yang benar ikut Al-Quran, sunnah, ulama' dan kias. Ada salafi yang pembohong iaitu SALAFI WAHABI
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WAHAI MUNTANAQIBAH, JANGANLAH BERMUSUH SESAMA SENDIRI

AllahuRabbi..


Sudah-sudah la para niqobis.. Tak perlulah kita berbalah sesama sendiri nak mengaibkan niqobis yang lain.. Seriously, sedih sangat-sangat.. Dakwahlah dengan bijaksana..


Let me give an example : Ada seorang niqabis ni buat salah, lepas tu kita yang tengok dia buat salah ni pergi duk buat status nak perli niqabis tu.. Hakikatnya status kita tu semua orang baca, semua orang lihat.. Mereka yang tak pernah rasa takkan faham betapa susahnya mujahadah nak kekalkan sehelai kain di wajah ni.. Orang akan mudah menghukum.. Lepas tu orang lain akan pandang negatif pada semua niqobis walau hakikatnya hanya 10% je niqobis yang berperangai sebegitu.. Fahamilah ukhti-ukhti yang berpurdah, hakikatnya anda sendiri yang buat orang sekeliling pandang negatif pada muslimah berpurdah hanya kerana status antunna yang terlajak power itu..


Selamilah hati sahabatmu, background kita semua berbeza.. Ada yang tidak berlatar belakangkan family yang beragama.. Supportlah diorang punya perubahan bukannya menghentam sampai melemahkan semangatnya.. Anda semua dalam penghijrahan ada tingkat-tingkat penghijrahan.. Bukannya anda mampu berubah terlalu drastik.. Supportlah jangan malemahkan saudara-saudara kita di luar.. Antunna semua hentam dia kerana dia tak barpakaian serba hitam, di jubahnya ada sedikit hiasan, dia tak pakai full niqab.. SEDARLAH ANTUNNA sekalian, hakikatnya siapa kita dalam menghukum, kita tak tahu bahawa family dia tak nak bagi dia pakai serba hitam.. Mana telinga antunna semua dalam nak dengar masalah niqabis lain..? 


Kenapa jari antunna begitu cepat nak kritik segala yang sahabat kita buat salah..? Allah, antunna semua terlalu cepat menghukum sampai saudara-saudara kita yang baru nak berubah makin jauh dari antunna.


Kalau antunna nak tegur kepincangan sahabat-sahabat kita yang ada kalanya tersilap langkah dalam mengenakan secebis kain di muka ini, cukuplah antunna Private Mesej sahabat antunna, tegur secara berhikmah. Jangan biar orang mudah-mudah nak menghukum semua niqabis.. Antunna kene belaja uslub dakwah. Dakwah tu bukan untuk mengaibkan namun dakwah tu tapi, untuk dirasai oleh hati-hati.



"Bina strategi nak dakwah kawan, jangan terburu. Observe, dekati then shoot the words diplomatically. Hikmah. On your marks, get set then go"


Maaf andai tersilap bicara, hanya kongsikan luahan murabbi ana, dia sedih tengok para niqabis di alam maya dop main hentam sana sini, sampai dia yang laki-laki dan memegang gelaran ustaz pun kadang-kadang turut memandang sinis terhadap golongan niqabis kerana apabila dia baca statement-statement niqabis yang saling hentam menghentam. Sebak hati seorang tuan guru melihat mereka-mereka di luar saling bertelingkah hanya kerana secebis kain di wajah.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PERMAISURI MUSLIMAH HATIKU

Catatan Hati Seorang Mujahid 

Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Tapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar. Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.


Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, aku resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa aku dengan ramah tanpa suara. Di tangannya terkejap Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian.


Bila bas buruk berbelang hijau kuning itu sampai, kami menaikinya dan kemudian duduk sebelah-menyebelah. Aku menyapa dengan senyum pendek. Dia menyambut dengan salam, menggelar dirinya Assyaheeda, langsung bertanya mengenai diriku. Sejak itulah aku mula mengenalinya, sedang seolahnya kami sudah berabad lamanya menjalin ukhuwah di taman mardhotillah.


Assyaheeda, bakal doktor perubatan, tahun ketiga di Universiti Mujahadah Malaysia ini ; UMM. Malu aku sendiri, sedang aku yang bakal bergelar ustazah tidak lama lagi pun tak sealim dia. Ilmunya benar-benar mengagumkan aku. Semangatnya mencari ilmu mencemaskan aku. Hujahnya mengasak-ngasak minda picikku.


Dia hebat..! Sempurna..! Muslimah sejati, harapan umah.


Aku mahu bercerita tentang kehidupan sehari-hariannya. Benar aku bukan sekamar dengannya (Kalaulah aku dapat memohon dari dahulu), tapi sejak hati kami bertaut di laman ukhuwwah, aku kerap berkunjung ke kamarnya. Bukankah menatap wajahnya sahaja sudah mendatangkan sejuta sakinah..? Masakan aku dapat membiarkan gedung ilmu itu terbiar tanpa soalan-soalan "bodoh"ku..? (Sabarnya dia melayan kerenahku yang serba-serbi jahil ini, dengan soalan maha mengarut, dengan senyuman dan lembut bicara yang mendamaikan jiwa. Walau seribu kali soalan itu kutanya..!)


Kata kak Wani, Assyaheeda bangun seawal 4.00 pagi, tika masih ramai diulit mimpi. Kata Kak Wani, dia sedar langkah-langkah yang berderap lembut dan berhati-hati kepunyaan sahabatku itu akan menuju ke musolla di tingkat satu. Bila pulang sahaja, pasti tersisa jernih air di pipi mulus miliknya. Dia akan duduk di meja studynya, khusyuk menadah doa, sebelum meneruskan pembacaan buku-buku perubatan yang bertimbun di atas meja.


Kata kak Wani lagi, Assyaheeda tak pernah berenggang dengan sebuah buku kecil berbalut biru miliknya. (Aku sedar kehadiran buku kecil yang istimewa itu) Bila marah, pipinya akan memerah, sedang wajahnya sebenarnya berseri dengan warna itu, kerana itu sekali-sekala aku menyeru namanya dengan panggilan Humayrah. Dia tak pernah sekali-kali meninggikan suaranya. (Dia selalu mengingatkan aku : seburuk-buruk suara adalah seperti suara keldai). Bila sendiri, atau semasa kami berjalan-jalan, jika kesepian tiba-tiba mencengkam, aku selalu perhatikan dua ulas bibirnya itu terkumat-kamit, bersulam dengan nafas lembutnya.


Misterinya sahabat yang kukasihi ini, sehari bersamanya bagaikan sejam sahaja yang berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini, aku lihat dia seolah-olah dirundung hiba yang cuba disembunyikan dalam tawa halusnya. Sesekali aku perasan ada air yang bergenang di sudut matanya yang bundar itu. Bila ditanya, dia akan membalas dengan gurauan yang menyenangkan hati. Lalu soalan aku akan berlalu sepi.


Waktu itu, kami seluruh warga kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir tahun. Aku pula tiba-tiba dibeban taklifan yang tak putus-putus. Program kampus bertali arus. Lalu kami hampir tak bertemu sepanjang minggu, sedang hatiku dicengkam rindu.


Ketika berita itu sampai kepadaku, aku jatuh dan tak sedarkan diri berhari-hari lamanya. Bila aku sedar dari pengsan, aku ingin sahaja terus pitam dan tidak lagi bangun-bangun. Seolahnya kekuatanku diragut pergi dengan pemergian Assyaheeda. Jika tidak kerana tarbiyah sahabatku itu, dan ingatanku kepada tazkirah-tazkirah yang sering menghiasi hari-hari indah kami, aku pasti aku sudah lama mati.


Berbulan lamanya aku menahan perasaan ini dengan penuh sabar , sahabatku Assyaheeda! Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar terus menghantui hari-hariku. Kerinduanku padanya seolah-olah terubat, bila petang itu ummi Assyaheeda menziarahiku. Kedatangannya mendamaikan perasaan yang kucar-kacir ini, memulih semula semangatku yang terbang pergi. Akhir pertemuan di petang syahdu itu, ummi menghulurkan buku kecil berwarna biru itu.


Ya, buku kesayangan Assyaheeda yang teristimewa.


Kekasih,


Jiwa ini seakan-akan hendak punah, 


Malamku akan sepi tanpaMu, 


Siangku akan pudar warnanya tanpa redhoMu. 


Kekasih, 


Tak terdaya lagi serasanya, 


Jiwaku seakan hendak pecah, 


Rinduku padaMu membuak-buak, 


Panas dan membakar setiap nafas yang kuhirup, 


Aku rindu! 


Rindu padaMu, 


Kekasih, 


Izinkan masa terhenti 


Supaya pertemuan kita akan terjadi.


Assyaheeda, sahabat yang paling aku kasihi. Kisahmu akan aku khabarkan kepada mereka di luar sana. Muslimah yang terlalu rindu kepada Kekasihnya hingga mati kerana gila..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KISAH PEMBALASAN ISTERI CURANG

Kisah ini saya petik dari suatu laman web. Kisahnya benar-benar menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.


Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.


"Kenapa awak balik..? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni..!!"


Jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.


Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.


Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu. Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.


Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2. Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.


"Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" 


Demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim. Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.


Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.


Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.


Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.


Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekali pun dia boleh hidup bahagia.


Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak. Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimana pun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.


"Tempat awak di sana.."


Kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini.


"Nak alas, cari sendiri," Kata Halim, lalu menyindir 


"Itu pun kalau awak ingat kat mana nak cari.." Normah ditinggalkan sendirian.


Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.


Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ. Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.


"Aku dah agak. Patutlah awak balik.. Nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan..? Nak jadikan aku pak sanggup..?"


Halim melepaskan paku buah keras.


"Bukan macam tu bang, saya.." 


Tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas,


"Saya apa..?! Saya tak buat benda tak senonoh tu..? Budak tu anak aku..? Tolong sikit.. Bila masa aku sentuh badan kamu tu hah..?"


Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doktor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.


Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja. Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.


"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh.. Memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia..!"


Kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.


Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.


Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.


Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas.


"Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu"


Katanya.. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.


"Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana," Jawab saya. 


Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya. Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.


Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.


"Pak cik mana suami dengan anak-anaknya..?"


Saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.


"Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekali pun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan..? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," Kata Haji Shafie kesal.


"Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.


"Saya tau.. Kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie.


"Kalau macam tu, bawa saya jumpa menantu pak cik tu. InsyaAllah kita sama-sama pujuk dia"


Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.


"Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu.


"Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung.. Suami mana yang tak marah, ayah..? Mana saya nak letak muka saya ni..? Dayus, pucuk layu, tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya.." Tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.


"Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau, tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi. 


Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah. Bila keberangannya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu.


"Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam. Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," Kata saya.


Lalu saya rujuki hadis dan firman Allah berkaitan. Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan. "Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri derhaka..!" Katanya.


Sampailah hari Normah dibedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga dilarang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun, disebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu, bayi yang dilahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.


Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan, racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak. Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.


"Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang, maafkanlah saya.." Dia terus menangis dan meratap.


Setiap hari bermacam-macam rahsia didedahkannya. Tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kecewa apabila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.


"Abang, Iffa, Aina.. Marilah tengok emak.. Emak tak jahat lagi.. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai" Ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.


Tidak dapat hendak digambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar, tetapi usaha itu tidak berhasil.


Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri. Haji Shafie sekali lagi menemui saya.


"Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkanlah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah, tapi dalam keadaan sekarang, cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," Kata Haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata.


"Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim," Kata saya.


Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan diberi, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.


"Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. InsyaAllah, semua pihak akan dapat keberkatanNya," kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.


Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.


"Sa sa ya der haa ka pada abaaaang"


Katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan, dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.


"Yalah." Jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. 


Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas. Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.


Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan,


"Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman"


"Terima kasih ustaz" Balas Halim.


Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.


"Ustaz," Halim memulakan ceritanya, 

"Malam tu, cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin, saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak. Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita. Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke..? Tiba-tiba Aina menangis entah apa yang digaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad. Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.. Luka memang berdarah lagi, ustaz. Tapi, bila dia meninggal tanpa ada sesiapa pun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka.."

Cukup menginsafkan, kan..? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. 
Wallahualam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KISAH SI PEMBUAT MAKSIAT

Ada seorang lelaki yang suka berbuat maksiat. Kemudian dia mendatangi seorang ulama dan bertanya tentang dirinya yang suka berbuat kejahatan.


Lelaki : Wahai ulama, aku sering melakukan kejahatan. Adakalanya terniat di hatiku untuk berhenti melakukan dan ya, tetapi kebiasaan aku melakukan kejahatan mengatasi niat hatiku untuk berhenti.


Ulama : Boleh. Engkau boleh terus lakukan kejahatan kepada Allah.


Lelaki itu bingung. Bagaimana yah ulama ini, orang selalu mencegah dari berbuat kejahatan, tapi dia berkata BOLEH..???!!! Lelaki itu melihat ulama itu tersenyum.


Ulama : Tapi ada 5 syarat yang harus engkau tunaikan.


Lelaki : Apa syaratnya..???


Ulama : Syarat pertama, JANGAN TINGGAL DI BUMI ALLAH..


Lelaki : Mana mungkin, wahai ulama..!!! Kalau begitu, di mana aku mau tinggal..???


Ulama : Syarat kedua, JANGAN SEDUT OKSIGEN ALLAH..


Lelaki : Mustahil wahai ulama..!!! Kalau aku tidak sedut oksigen, maka matilah aku..


Ulama : Syarat ketiga, JANGAN MAKAN REZEKI ALLAH..


Lelaki : Itu ternyata mustahil wahai ulama..!!! Selama ini rejekiku semuanya Allah yang memberi..


Ulama : Syarat terakhir, kalau kau masih mau buat kejahatan, APABILA DATANG MALAIKAT IZRAIL UNTUK MENCABUT ROHMU, KATAKANLAH : TUNGGU SEBENTAR WAHAI IZRAIL, AKU MAU KEMBALI MEMBUAT AMAL KEBAIKAN..


Jika engkau berjaya menunaikan walaupun 1 daripada syarat tersebut, maka aku tidak akan menghalang engkau berbuat kejahatan..!


Lelaki : Mustahil..!!! Mustahil..!!! Mustahil..!!! Aku tidak mampu melakukan itu semua..!!! Ya Allah, ampuni aku Ya Allah..!!! Aku bertaubat, Ya Allah..!!! Aku bertaubat..!!! Betapa banyaknya nikmat yang telah Kau berikan selama ini.. Terima kasih Ya Allah..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

RENUNGAN BAGI MUSLIMAH YANG BELUM BERTUDUNG

Bacalah kisah berikut untuk renungan anak cucu dan remaja sekelian. Semoga semuanya menjadi orang yang beruntung seperti si gadis di dalam kisah ini :


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya (bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru Al-Quran.


Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,


"Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu..!"


Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya. Terdengar lirik doanya,


"Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukumMu"


Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.


Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, 


"Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli..?"


Lalu saya menjawab sambil lewa, 


"Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri"


Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku..? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.


Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib. Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus..! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.


Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya. Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak - CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, 


"Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya"


Air mata ini tak dapat ditahan lagi..!!


Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.


Butirannya seperti ini : Soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)


Aliya : (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik..!


Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.


Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiranku : SubhanAllah..! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya..?


Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana..?


Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita..!

Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.


Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.


Aliya : Apakah hakikat tudung..?


Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT. Bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.


Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah-mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu..?


Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat. Bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.


Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan. Ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita. Ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam-macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.


Menangis kerana hari itu Allah SWT murka..! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di Padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu,


"Buta ,tuli dan bisu.. Wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia-sia" 


Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku di sisiNya. Amin.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...