Salam dakwah. Salam ukhuwwah.
Semoga hari ini anda sihat dan kuat untuk beribadah kepadaNya.
Semalam, seorang ukhti menyambung lagi perjalanan kami dalam menuju jalan untuk menyelamatkan kami semua dari bahang api neraka. Untuk lebih memahami erti perjalanan dakwah yang sedang kami lalui ini. Semua muslim dan mukmin mempunyai hadaf yang sama dalam tujuan hidup mereka. Mahukan redha Allah, mahu menjadi penghuni syurga dan mahu terselamat dari api neraka.
Dan ini semua menjadi asbab untuk kita mendapat a'fwu dan maghfirah dariNya. Namun begitu, apakah kita telah mengetahui jalan yang sebenarnya untuk kita menjauhi api neraka..?
Meskipun kebanyakannya telah mengetahui jalan ini, namun mereka terkadang terhenti di tengah jalan, malah lebih menyayat hati, tidak lagi mampu untuk meneruskannya lagi. Hanya sekadar tahu, tidak cukup untuk kita mencapai hadaf kita. Peka terhadap segala mihnah yang datang, dan mendapat pertolongan Allah sebelum meneruskan perjalanan yang panjang ini merupakan antara cara untuk lebih istimrar dan menyempurnakan perjalanan ini.
Ini jalan ke arah kebenaran, jalan menuju hidayahNya, jalan yang mustaqim. Namun dalam perjalanan ini, pada permulaannya ramai orang yang menyertai, tetapi pada akhirnya, bilangan yang didapati hanya boleh dibilang jari.
Mungkin sewaktu berlari ke arah jalan ini, ada yang disekat kejahilan lama, ada yang tergoda dek nafsu sendiri, atau yang sengaja berhenti kerana merasakan jalan ini terlalu sukar, atau ada yang terlalu terhibur melihat nikmat dunia.
Larian yang kita lakukan di atas jalan yang kita pilih ini, mesti kita teruskan meskipun nyawa dan harta kita habis kita gadaikan. Larian ini mesti kita teruskan kerana kita tahu selagi hadaf tidak tercapai, tidak mungkin kita akan dapat mencium bau syurganya, apatah lagi memasukinya. Larian ini bukan berganti-ganti, kita tidak boleh menyerahkannya kepada orang lain begitu sahaja selagi kudrat masih ada dalam diri dan selagi amanat belum terpatri.
Larian ini bukan singkat, malah jauh lagi, setinggi langit jauhnya, seluas alam panjangnya. Larian ini bukan sekejap, lamanya larian ini sepanjang nyawa yang berada dalam diri. Selagi nyawa tidak lagi utusan Allah Malaikat Izrail mencabutnya, selagi itu akan kita harungi jalan ini. Malah, hembusan nafas terakhir mahu ku hembuskan pada jalan ini..!
Ada satu ungkapan syair arab yang sangat puitis bahasanya,

Wahai jiwa, telah datang seruan kepadamu,
Seruan ini adalah seruan kebenaran, yang diseru kepadamu,
Berapa banyak telah seruan yang sampai kepadamu, tetapi kau menolak,
Malah, kau sahut seruan kejahilan ketika seruan kebenaran sampai kepadamu.
Credit to : Dr. Magdy Al Helaly (Minta para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepadanya)