Hafalan al-Quran yang terbaik bukanlah dengan dapat menghabiskan 30 juzuk dalam masa singkat.
Kenapa saya kata begitu..?
Kerana dicatat dalam kitab al-Muwatta' Imam Malik, Abdullah bin Umar menghabiskan masa 8 tahun hafal Surah al-Baqarah sahaja. Saya berpendapat, teknik Ibnu Umar ini adalah teknik terbaik dalam menghafal al-Quran. Bagaimanakah tekniknya..?
Diriwayatkan bahawa Uthman b. 'Affan, Abdullah b. Mas'ud dan yang lainnya, para sahabat apabila hafal 10 ayat dari al-Quran, tidak akan beralih kepada ayat yang seterusnya sebelum mereka pelajari, faham akan maknanya dan kemudian beramal dengannya. Bukankah terbaik teknik ini? Al-Quran bukan utk dihafal semata-mata tetapi ditadabbur dan diamalkan dalam kehidupan..
Ada yg kata:"Dah tua-tua ni, otak dah berkarat, susah nak hafal al-Quran..". Saya katakan, "Para sahabat juga terdiri dari kalangan orang-orang tua, tapi mereka mampu habiskan 30 juz. Mengapa tidak kita? Mereka manusia, kita juga manusia.."
1 comment:
smart blog .. may i have come ? anyway, intres awk mnarik .. nice to know you .. asalamualaikum =)