LELAKI YANG KACAK

Lelaki yang kacak, lelaki yang tidak akan mempermainkan perasaan wanita.. Tidak akan menabur janji-janji manis.. Tidak akan membiarkan wanita menangis teresak-esak kerananya.. Tidak akan mengkhianati kepercayaan orang lain kerana dia takut pada balasan Allah..


Lelaki yang kacak lelaki yang tidak akan menipu demi kepentingan diri sendiri.. Tidak akan mempergunakan orang lain untuk kesenangan dirinya sendiri.. Tidak akan menindas orang yang lemah daripadanya kerana dia takot pada balasan Allah..


Lelaki yang kacak tidak akan menyakiti hati wanita.. Tidak akan memukul wanita meskipun isterinya kerana dia takut pada balasan Allah..


Lelaki yang kacak tidak akan menghabiskan duit wanita untuk kepentingan diri sendiri.. Tidak akan mencuri hak orang lain.. Tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain kerana dia takot pada balasan Allah..


Tetapi,


Lelaki yang kacak tidak akan melupakan Allah.. Tidak akan sesekali ingkar pada perintah Allah.. Seorang yang taat pada Allah dan Rasul-Nya kerana dia mengimpikan syurga Allah..


Lelaki yang kacak sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.. Sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. Sentiasa berserah pada Allah..


Lelaki yang kacak sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dari Allah.. Tidak akan putus asa untuk mengharungi segala ujian yang diberikan.. Tidak akan pernah menyalahkan Allah..


Lelaki yang kacak akan menjadikan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya..


Lelaki yang kacak akan selalu memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar, sengaja atau tidak sengaja..


Lelaki yang kacak sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.. Sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak..


Lelaki yang kacak tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.. Selalu bertawakkal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya..


Lelaki yang kacak sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.. Tidak akan memutuskan silaturrahim sesama saudara mahupun sahabat.


Lelaki yang kacak sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Lelaki yang kacak sangat kuat memegang amanah.. Sangat berpegang pada janjinya dan menjaga rahsia kaum keluarga dan sahabat handainya.


Dan lelaki yang kacak juga seorang yang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.


Itulah ciri-ciri seorang lelaki yang benar-benar kacak.. Bukan kacak di mata manusia sahaja malah kacak di mata Maha Pencipta.. Seorang yang mendambakan syurga di akhirat nanti.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WAHAI SAYANG YANG BUKAN SAYANGKU

Teman.. 

Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimana pun 'dia bukan untukmu'..?



Teman.. 

Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika 'dia yang bukan untukmu' bagaimana pun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu..?



Teman.. 

Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun 'dia yang bukan untukmu' itu berada semakin kuat dalam hatimu..?



Teman.. 

Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan 'dia yang bukan untukmu' itu..?



Teman.. 

Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus 'taqarrub ilallah' kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu..?


Untukmu 'sayang yang bukan sayangku', saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah keislamanku yang sempat redup..


Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.


Wahai 'sayang yang bukan sayangku', namun mengapa kamu datang di saat yang tidak tepat..? Tidak tepat bagiku, atau bahkan mungkin juga tidak tepat bagimu.


Wahai 'sayang yang bukan sayangku', mengapa kamu datang tiba-tiba dalam hidupku tanpa sempat aku berlari untuk menghindari dan menjauhimu..?


Tanpa sempat aku mendirikan tembok yang kukuh sehingga kamu tak akan boleh memasuki hidupku..?


Wahai 'sayang yang bukan sayangku', aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.


Wahai 'sayang yang bukan sayangku' sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.


Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.

Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.

Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.

Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.

Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.

Betapa ku memohonkan kepadaMu.


Bila rasa yang pernah ada padaku untuk 'sayang yang bukan sayangku' adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. HambaMu yang berlumuran dosa ini. Semoga Engkau pertemukanku dengan si dia yang lebih sesuai dari diriku.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KETIKA CINTA MULA DIKECEWAKAN



Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada di bawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita berada di atas dengan segala kesenangan. Allah Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hambaNya..


"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak"
(Al-Baqarah : 216)


Sahabatku, ada perih di sudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yang kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan. Setelah sekian lama kau memendam luka. Setelah sekian lama kau rendam nestapa, rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu. Aku percaya, itu suatu 'keputusan terakhir' yang terbaik untukmu..


Sahabatku, 


Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan.. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya..

  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu ketika hati kita sering berkata, "Aku sangat mencintainya"


Ingatlah, melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..

  • Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

  • Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

  • Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

  • Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

  • Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata 'tidak ada lagi yang dapat dipertahankan'

  • Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu..! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan..!

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu..? Yang memberatkan punggungmu..? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu, kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap"
(Asy Syarh : 1 - 8)


"Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNya dan belajar daripadanya"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KU TUNGGU PINANGANMU



  • Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat.

  • Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

  • Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.

  • Engkaupun sebenarnya tahu, hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

  • Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak.

  • Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

  • Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. Kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

  • Kami memang tak sesempurna Sayyidatina Aisyah dalam kecerdasannya atau pun Sayyidatina Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Sayyidatina Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

  • Kau memang tak sehebat Sayyidina Ali ataupun sekuat Sayyidina Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Sayyidina Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Sayyidina Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok.

  • Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..

  • Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan.


Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..


Ku tunggu pinanganmu..


"Wahai jika engkau memiliki cinta dan telah terdorong dengan kerinduan, maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru ketika mereka menyeru. Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu. Seribu kali dengan sempurna, janganlah kau berpaling hanya kerana melihat gerimis jika engkau melihatnya..
(Fii Zilalil Mahabbah)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KETIKA CINTA BERBUAH KECEWA

Sebagai manusia biasa, ada hal lain yang luar biasa Allah berikan sebagai kurniaanNya kepada kita. Kita diberikan satu nikmat berupa perasaan yang mungkin secara ilmiah tak dapat dirumuskan dari mana dan bagaimana perasaan itu tercipta.


Namun itu adalah satu kurniaan yang patut kita syukuri sebagai seorang insan, kerana rasa itu 'khusus' diberikan hanya pada kita sebagai makhlukNya yang bergelar manusia.



Sebagai manusia normal, manusia inginkan rasa bahagia, rasa cinta, rasa senang atau apapun segala rasa yang menyenangkan hati saja yang melekat dalam kehidupan seharian. Kalau boleh, tak mahu langsung ada rasa sedih, kecewa, pun takut dan sebagainya..






RASA KECEWA..?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali Imran : 139)


Rasa memang tak selalu muncul dalam saat yang menggembirakan. Ada detik kita berasa senang, mungkin saja sedetik kemudian kita akan berduka. Jadi, pujuklah diri, putus cinta mungkin juga disebabkan :


  1. Allah ingin temukan jodoh yang lebih baik.

  2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau jadikan diri kita lebih baik.

  3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepadaNya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KATA-KATA RABIA'TUL ADAWIYAH

Rabi'ah binti Ismail Al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran Kota Basrah di Iraq. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.


Di sini diceritakan sedikit kisah-kisah beliau..



Sedang Rabiatul Adawiyah memerhati alam sekeliling kerana mencari suatu jawapan terhadap masalah yang dihadapinya, Allah membuka hijab rahsianya, lalu Rabiatul Adawiyah berkata,



"Tuhanku, semua yang aku dengar, suara burung, desiran dedaunan yang dihembus bayu, gemercik air di pancuran, nyanyian burung tekukur, hembusan angin dan suara guruh serta kilat, kini ku fahami sebagai bukti bahawa semuanya menjadi saksi KeEsaan Mu dan menjelaskan bahawa tiada satu pun dapat menandingiMu"



Rabiatul Adawiah sentiasa mengerjakan solat di waktu malam hari dan beliau jarang sekali tidur, dirasakan suatu kerugian memperuntukkan masa malam itu untuk waktu tidur..



"Tuhanku, bintang-bintang masih memancarkan cahaya, seluruh mata sedang tidur lena, Raja-raja sudah menutup pintu istananya dan para suami sudah pun berasmara dengan isterinya. Sedangkan aku sedang berdiri tegak di hadapanMu"



Setelah Rabiatul Adawiyah selesai mengerjakan solat subuhnya dia berkata kepada Tuhan,



"Tuhanku, kini malam telah berakhir dan siang sudah bermula. Engkau terimakah malamku (ibadatku malam tadi). Jika Engkau menerimanya, aku sangat bahagia. Dan jika Engkau menolaknya, aku akan bersabar. Aku akan terus bersungguh-sungguh menghadapkan diriku kepadaMu selagi Engkau masih memberi hidup untukku. Aku akan mendatangiMu dan sentiasa berusaha supaya aku sampai dipintuMu. Sekiranya Engkau mengusir dan menghalau aku, aku tidak akan meninggalkanMu. Kerana aku amat mencintaiMu, Tuhahku..



Rabiatul Adawiyah adalah seorang yang sangat teguh pendiriannya, tidak seperti wanita lain kerana cintanya yang sangat jitu pada Allah, dia tidak berkahwin dan menolak lamaran Raja Basyrah dengan begitu sahaja. Namun suatu hari Hasan Al-Basri bertanya apakah yang menyebabkan dia begitu teguh melampaui nafsunya. Rabiatul Adawiyah memjawab bahawa Cintanya kepada Allah melampaui nafsunya. Dia sering berdoa kepada Allah agar dia dapat mengatasi nafsunya,



"Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala yang menyibukkanku untuk menyembahMu atau daripada segala penghalang yang meregangkan aku dariMu"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...