Hati aku kuat berdebar
Melihat bibirnya yang merah dan mekar
Tapi sebenarnya aku tak sedar
Itu sebenarnya warna gincu yang bersinar
Jiwa aku jadi tak menentu
Melihat wajahnya putih dan gebu
Tapi sebenarnya aku yang tak tahu
Bila di cuci muka, rupanya penuh bergerutu
Tidur malamku susah nak lena
Terkenang matanya yang indah bercahaya
Tapi sebenarnya aku dah terkena
Itu cuma tipu helah contact lens sahaja
Perasaan aku berbunga bunga
Dia membalas senyumanku padanya
Tapi sebenarnya aku dah silap menduga
Senyumannya itu sengaja di buatnya
Aku beranikan diri menghampiri dia
Niat di hati untuk bertegur sapa
Tapi aku hampir pitam di buatnya
Tatkala aku mendengar serak suaranya
Baru aku sedar ini sudah kes naya
Aku dengan dia adalah sama jantina
Sekian..
Aku yang terpedaya..
Aku yang terpedaya..
No comments: