HUKUM MEMBERI SALAM

Salam ialah mengucap السلام عليكم


Dalil firman Allah تعالى :


ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)


فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.



Hadis Nabi صلى الله عليه السلم,


عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم "Apakah islam yang baik..?" bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.



Rukun salam

  1. Orang yang memberi salam.

  2. Orang yang diberi salam kepadanya.

  3. Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya. 




Syarat orang yang menerima salam

  1. Islam

  2. Mumayyiz

  3. Baligh.

Etinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz. Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.




Syarat bagi ucapan salam

  1. Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.

  2. Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.

  3. Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya. 




Ucapan memberi salam

  1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekali pun orang yang diberi salam seorang sahaja.

  2. لسلام عليكم (Kesejahteraan itu di atas kamu)

  3. السلام عليك (Kesejahteraan itu di atas engkau)

  4. سلام عليك (Sejahtera di atas engkau)




Ucapan menjawab salam

Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang. 

  1. وعليكم السلام

  2. وعليك السلام

  3. عليكم السلام

  4. السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam

  5. سلام عليكم 




Hukum memberi salam dan menjawabnya

Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.




Ucapan salam antara dua lelaki

  1. Memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.

  2. Memberi salam ialah sunat yakni sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.

  3. Memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.




Ucapan salam antara dua orang perempuan

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.




Ucapan salam antara lelaki dan perempuan 

  1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.

  2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.

  3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberi salam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.

  4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib di atas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.

  5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.

  6. Apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.

  7. Harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulan wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.




Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa

  1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya.

  2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya. 




Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak

  1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.

  2. Sekiranya orang yang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.

  3. Ucapan salam antara orang yang boleh bertutur dengan orang yang bisu.

  4. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisa.

  5. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

  6. Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida'h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

  7. Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.



Salam antara muslim dan kafir

  1. Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

  2. Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafas وسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

  3. Memberi salam kepada orang Islam yang bercampur gaul dengan orang kafir.

  4. Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang Islam.




Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita

  1. Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita sama ada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

  2. Wajib orang yang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.




Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:  

  1. Sedang kadaq hajat (Buang air besar atau kecil)

  2. Sedang jimak.

  3. Sedang istinja.

  4. Sedang minum.

  5. Sedang makan.

  6. Sedang tidur.

  7. Sedang mengantuk.

  8. Sedang sujud.

  9. Sedang sembahyang.

     
  10. Azan.

  11. Iqamat.

  12. Di dalam bilik air.

  13. Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.




Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam : 

  1. Kanak-kanak kepada orang dewasa.

  2. Orang sedikit terhakap orang yang banyak.

  3. Orang yang datang terhadap orang yang duduk

  4. Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki.

    Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...