Semasa Rasulullah SAW dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur, ketika tu dalam perjalanan nak berhijrah ke Madinah.. Musuh-musuh Islam dah berdiri dekat depan pintu gua dan almost jumpa Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar..
Ketika Sayyidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW menenangkannya dengan berkata,
"Jangan takut, Allah bersama kita"
Itulah kehebatan Rasulullah.. Allah sentiasa di hatinya meskipun di ambang maut..
Di Da'thur, seorang tentera musuh datang menyerang hendap Rasulullah lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya,
"Siapakah yang akan menyelamatkan kamu daripadaku..?"
Jawab Rasulullah SAW dengan penuh yakin,
"ALLAH"
Dengar je jawapan tu, Da'thur terus gementar dan suddenly pedangnya pun terlepas dari leher baginda SAW.. Itulah kehebatan Rasulullah SAW.. Allah sentiasa berada di dalam hatinya..
Diceritakan juga, pada suatu hari, time Khalifah Umar Al Khatab nak menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir.. Khalifah Umar tanya,
"Boleh kau jual kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ni..?"
"Maaf tuan, tidak boleh.. Kambing ni bukan saya punya.. Ia milik tuan saya.. Saya hanya diamanahkan utk menjaganya saja"
"Kambing ni terlalu banyak dan tak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini.. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing tu dimakan serigala, tuanmu takkan mengetahuinya" Desak Sayyidina Umar sengaja menguji..
.
"Kalau begitu, di mana ALLAH..?" Ujar pengembala kambing tu..
Sayyidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi dalam hati budak tu.. Walaupun hanya seorang pengembala kambing yakni pekerja bawahan, tapi, dengan kejujuran dan keimanannya, dia ada kedudukan yang tinggi di sisi Allah.. Jelas ada DIA di hatinya..
Pastu ada lagi satu kisah, tentang Sayyidina Khalid Al Walid.. Khalid Al Walid diturunkan pangkat dari seorang jeneral kepada askar biasa oleh Khalifah Umar.. Keesokannya, Sayyidina Khalid tetap ke medan perang denga semangat yang sama.. Tak terjejas sikit pun perasaan dan semangat beliau walaupun diturunkan pangkat.. Bila ditanya kenapa, Sayyidina Khalid menjawab,
"Aku berjuang bkn kerana Umar"
Ya, Sayyidina Khalid Al Walid berjuang kerana Allah dan semestinya DIA ada di dalam hatinya.. Jadi, di mana DIA di hati kita..? Kalau tengok balik anekdot-anekdot dalam kisah di atas, sejujurnya aku kagum, terkesima, malah sedih dengan diri sendiri sebab walau sehebat mana pemuda pemudi kita, tapi takkan ada yang sifat Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali, DLL dalam jiwa pemuda sekarang..
Tanya diri masing-masing, adakah kita sentiasa bergantung harap pada Allah ketika senang dan susah..? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati.. Di sanalah (hati) sewajarnya cinta Allah bersemi.. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah cinta yang lain.. Tapi, jika sebaliknya, maka cinta Allah akan terpinggir..
Teringat kata-kata daripada ulama,
"Bila Allah di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya.. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki"
Ketika mana seorang sufi diajukan satu soalan,
"Apakah engkau takutkan Allah..?"
Dia menangis dan menjawab,
"Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak.. Jika aku katakan tidak, aku menjadi seorang yang kufur.. Sebaliknya, jika aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik.. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata.. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah.. Tapi, aku tidak"
Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, apatah lagi kita.. Jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri.. Peringatan buat diriku terutamanya..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya