Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin
Usia ini singkat. Jadi jangan disingkatkan lagi dengan kelalaian dan keasyikan..
(Anonymous)
Pernah jumpa situasi ni,
"Ish bukannya dia nak senyum. Sombong giler ah..! Baru 2nd year kot. Nyampah gua..! Arghhh..! Tekanannn..!"
Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan..? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu dan meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah..? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk. Kalau benar kita melakukan demi redha dan cinta Ilahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah..
Let’s do it for the sake of Allah..!!
Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekali pun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.
Kadang-kadang kita suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka..? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang dan malam, bagai suami dan isteri, bagai guru dan murid, bagai pensil dan kertas, bagai nasi dan lauk.
Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling..? Pandang sebelah mata je. Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat dan dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah..? Haih.
Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna dan suci dari orang lain..? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang kita pakai, kopiah yang kita sarung, serban yang kita lilit, stokin, stongan yang kita kenakan sampai orang lain kita pandang enteng. Sesekali jangan..! Kita sebenarnya sedang diuji bila kita merasa bangga dan selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.
Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang. Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu..? Guane konsep tu..? Buanglah ego. Tak ke mana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali dan kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri..? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego..? Tak ke mana. Buanglah ego tu..
Kadang-kadang, kita mahukan kegembiraan tetapi kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah kita menambahkan kesedihan dan kedukaan orang lain. Kadang-kadang, kita mahukan urusan kita dipermudah tetapi kita sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi..? Kalau Allah tarik..? Betapa sombongnya..
Dan sememangnya manusia mahukan doanya dan keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentinganNya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah dan Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah dan Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepadaNya. Kalau tak diuji nanti kita lalai dan leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah dan takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillahimindzalik.
Ibu ayah marah sebab apa..? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu juga Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang, Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikit pun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan..? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kita kecapi..
Post kali ini bertajuk kadang-kadang sebab manusia adakalanya, kadang-kadang imannya di hulu sana kadang-kadang imannya di hilir sini. Sebab tu kita sesama kita kena dan mesti saling ingat mengingatkan.
Apa yang saya post ni, tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini. Tapi apa yang post ni adalah nasihat dan teguran buat diri saya sendiri. Supaya saya sedar, saya tulis, saya type, saya post kalau saya tak buat guane tu..? Beghat nanang.
Saya juga manusia biasa. Nampak saya buat silap, tegur je. Saya tak kisah, saya tak marah dan malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.
Kalau ada siapa siapa yang kene tegur lepas ni, jangan teruih taboh ja orang tu. Pandang dengan mata hati. Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee.. Hamdan Lillah..
"Da'wah is not about to preach hard but to reach their heart"
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya