PERNAHKAH TERLINTAS DI FIKIRAN KAMU..?

Pernahkah terlintas dalam hati kita saudariku, muslimah, untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat nanti..?


Pernahkah kita membayangkan betapa cantik dan anggunnya dia, menjadi dambaan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa..?


Pernahkah engkau mengangankannya..? 


Pernahkah engkau mengimpikannya..? 


Tidakkah hati kita tergerak untuk segera meraihnya..?



Sesungguhnya bidadari dunia adalah para wanita yang solehah, memurnikan ibadah hanya untukNya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabbNya, mentaatiNya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. Yang merindukan keredhaan Allah dan rasulNya.


Selalu terbayang dalam matanya syurga yang dijanjikan Allah, yang menantinya untuk masuk melalui pintu manapun dia suka. Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan RasulNya akan mudah dia singkirkan dan tinggalkan.


Betapa elok dan indah akhlaknya, bila dia belum bersuami, berbakti kepada kedua orang tuanya adalah ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya.


Bila dia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan diatas sunnah dan manhaj yang benar iaitu manhaj salafuna soleh.


Berani menegur suami apabila dia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati RabbNya. Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insyaallah engkau akan menjadi penghuni syurga yang cantik jelita itu.


Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu kerana melihat sukarnya jalan untuk meraih kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolonganNya dalam setiap desah nafasmu.


"Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.."
(Huud : 88)


Semoga Allah memberkatimu dan memberkati semua wanita-wanita muslimah diatas muka bumi ini yang bercita-cita ingin menjadi bidadari-bidadari diatas dunia ini dan di akhirat nanti, InsyaAllah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

RUKUN SYAHADAH



Hari ni, kita fokus santai kepada rukun syahadah. Seperti yang kita tahu (mungkin ada yang tidak tahu), rukun syahadah ada 4.


1. Ikrar

Ikrar tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah utusanNya.




2. Iktikad

Mempercayai / menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu adalah utusanNya.




3. Iktiraf

Mengakui tentang keesaan / kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.




4. Amalan

Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah SWT

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TEMUILAH AYAH SAYA

Aku : Saya tidak layak untuk awak.


Kau : Kenapa..?


Aku : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya..


Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi..?


Aku : Awak pintar, awak ada banyak peminat.


Kau : Peminat..? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.


Aku : Saya juga tidak dalam ilmu agama.


Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.


Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Aku : Awak ini kenapa..? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.


Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.


Aku : Awak terlalu sempurna.


Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.


Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga..?


Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.



"Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan"
(Hadis Riwayat Termidzi)



Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda,

"Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan ; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakahNya kepada suami isteri tersebut"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BELAJAR MENUNDUKKAN PANDANGAN

Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang-wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.


Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.


Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.


Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.


Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah di saat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.


Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan-rangan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak..? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.



Janganlah kita keraskan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.


Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.



Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT..!


"Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.." 
(al-Naa'ziaat : 40 - 41)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...