KISAH 9 NAFSU 1 AKAL

Tertarik untuk mencari wasilah kebenaran mengenai satu tajuk ni.. Tapi dapat pengislahan minda bersama.

"Lelaki 9 Akal dan 1 nafsu, Perempuan 1 Akal dan 9 nafsu" 


Benarkah termaktub dalam Al Quran..? 


Mari kita perincikan untuk melihat kebenaran yang tersingkap disebaliknya.


Acapkali kita dengari bait kalimah yang menyatakan bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Saya kira sudah lama ungkapan ini berlegar-legar dalam pendengaran masyarakat kita. Ada yang setakat mendengar dan melupakan sahaja. Ada yang mendengar dan menyampaikan. Tidak kurang juga ada yang mendengar dan menafikan. Pelbagai respon dan persepsi didengari.. Persoalannya sejauh manakah kebenaran ungkapan tersebut..?


Apakah benar bahawa ungkapan itu berasal dari sumber Al Quran. Jawapannya, TIDAK BENAR. Jadi daripada mana datangnya ungkapan ini..? Adakah daripada yahudi, nasrani, atau pihak kuffar..? Jawapannya, TIDAK JUGA wahai sahabatku.


Menjunjung tulisan sahabat kita itu.. Sudah seharusnya kita mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi kita harus berhati-hati menyampaikan ilmu agar dapat diikuti dan dicontohi dalam mencari maghrifah serta keredhaan Allah. Jangan sampai kita tersalah mentafsirkan dengan mengadakan yang tidak ada di dalam Al Quran. Segala ayat-ayat yang ada di dalam Al Quran tidak boleh di tokok tambah walaupun satu patah perkataan pun.


Saya suka untuk mengkhabarkan dari manakah datangnya asal usul ungkapan kalimah Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Sebenarnya asal usul ungkapan ini memang ada tercatat dalam sumber sejarah wahai sahabatku. Ianya bukanlah seperti cerita Sang Kelembai atau cerita dongeng lain yang berbentuk mitos kosong sahaja.


Sebenarnya cerita ni dah tanggelam lama sejak kaum lelaki dimalukan oleh wali Allah Rabiatul Adawiyah. Rasullulah pernah bersabda,

"Lelaki ada 9 bahagian akal dan 1 bahagian nafsu dan perempuan ada 9 bahagian nafsu dan 1 bahagian akal"


Selama 200 tahun kaum lelaki menggunakan kenyataan ini untuk bermegah-megah dan memperlekehkan kaum wanita dan kaum wanita hanya berdiam diri tidak mampu membalas. Sehinggalah satu hari Rabiatul mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan kaum lelaki sepanjang zaman sehingga cerita ini tidak lagi diungkit-ungkit.


Ingin saya nyatakan bahawa ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri dan bukannya dari Al Quran.


Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi'ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabiah Al Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi'ah bertanya,


"Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan..?"


Lantas Hasan Basri menjawab,


"Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu."


Lalu Rabi'ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya,


"Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian..?"


Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.


Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka.


Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. 


Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha'. Saya bukanlah mahu menyebelahi golongan sufi tetapi kita perlulah bersifat adil dalam membuat satu penilaian. Untuk mempertikaikan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu atau pun perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, pada hematana, tidak perlu diperbesarkan.. Cuma yang penting ingin menyampaikan dan memperbetulkan bahawa Ungkapan Lelaki 9 akal dan 1 nafsu, Perempuan 1 akal dan 9 nafsu bukanlah berasal dari Al Quran.


Umum mengetahui bagaimana thiqah Rabiatul Adawiyyah dan Imam Hasan Al-Basri. Kita sepatutnya menerima bahawa tiada manusia yang ma'sum seperti baginda Rasulullah. Justeru, kita harus menerima dengan berlapang dada dalam perkara-perkara yang tidak dipersetujui.


Perlu juga diperhatikan bahawa gaya percakapan Rabiah Al-Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri adalah rentak lenggok sufi yang kadangkala sukar difahami oleh masyarakat umum. Jadi, tidak perlu kita mempertikaikannya dengan segala fakta dan menuduh dengan keras bahawa percakapan antara Imam Hasan Al Basri dan Rabiah Al Adawiyyah sebagai menjatuhkan maruah wanita.


Saya menasihatkan sahabat-sahabat agar memilih aliran sederhana. Mendalami ilmu Ulum Quran dan Mustolah Hadis memerlukan kesabaran dan caranya perlulah betul. Jangan kita begitu ghairah mengkaji hadis sehingga kita lupa salah satu lagi cabang ilmu yang penting iaitu ilmu tasawwuf.


Menolak dan menghukum secara semborono bukanlah perkara yang diajarkan di dalam Islam. Mengkaji Ulum Quran, Mustalah Hadis, Tasawwuf, Fiqh, Perbandingan Agama dan pelbagai lagi cabang ilmu dalam Islam haruslah mengikut disiplin ilmunya. Dikhuatiri jika kita hanya mempelajari secara literal sahaja, akan menimbulkan sifat riya' di dalam jiwa. Mohon dijauhkan daripada kita semua.


Kesimpulannya, ungkapan itu bukanlah berasal daripada Al Quran namun begitu hadis baginda Rasulullah perlu juga diambil kira. Dan juga ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus peratus juga. Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan hadis dan menghukum ulama sebelum kita.


Pilihlah sikap berlapang dada (tasaamuh) dalam membincangkan sesuatu isu. Semoga kalian dipayungi dengan rahmah Allah Taala.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KISAH RATU SYAHADAH, ASIAH ISTERI FIRAUN

Fir'aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.


Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir'aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa 
Fir'aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir'aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir'aun telah ditolak. 


Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir'aun akan berita buruk tersebut dan Fir'aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir'aun dan bertemu dengannya. 



Di hadapan Fir'aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir'aun. Kemudian Fir’aun berkata : "Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."





Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat :-

  1. Bahawa Fir'aun harus membebaskan kedua ibu bapanya.
  2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas.
  3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
  4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir'aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Akhirnya Fir'aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka.



Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah ingkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.


Pada malam hari, beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir meskipun suaminya Fir'aun. 



Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun. Fir'aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juruhias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.



Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil di mana Fir'aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir'aun menjadi marah.


Akhirnya Fir'aun dapat tahu yang Hazaqil telah ingkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. 



Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil.



Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS. Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata :-



"Dengan nama Allah binasalah Fir’aun.." 


Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir'aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir'aun dan Fir'aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata :

"Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.."



Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir'aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir'aun dan diberi pilihan iaitu :



  • Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.
  • Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir'aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir'aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.. Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT.


Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka. Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu. Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir'aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir'aun dan sanggup mati seperti Masyitah.


Mendengar ucapan Asiah, Fir'aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir'aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran yang m
aksudnya,


"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu : perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata : Wahai Tuhanku..! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir'aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.." 
(At-Tahrim : 11)


Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ADAB PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI DAN WANITA

ADAB PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI 
  1. Tidak terlalu nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk aurat.
  2. Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga lutut.
  3. Pakaian tidak menyerupai wanita.


Aurat lelaki dengan individu bukan Islam sama seperti aurat lelaki dengan wanita yang bukan mahram (yang dihalalkan bernikah) juga sebab tidak mahu timbul fitnah dalam hal agama Islam dalam kalangan bukan beragama Islam.




ADAB PEMAKAIAN MENUTUP AURAT WANITA
  1. Menampakkan muka sahaja.
  2. Melabuhkan tudung menutupi dada.
  3. Menutupi hingga pergelangan tangan.
  4. Pakaian tebal, longgar dan tidak menyerupai lelaki.
  5. Memakai stokin.


Aurat wanita seluruh anggota selain daripada muka dan tapak tangan. Jika terlalu cantik wajahnya sehingga menimbulkan bermacam-macam fitnah maka sebaiknya wanita itu memakai hijab / burqa dan sebagainya. Aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam sama aurat seperti lelaki yang bukan mahramnya (dihalalkan bernikah denganya) kerana tidak mahu timbul fitnah dalam hal agama Islam dalam kalangan bukan beragama Islam.


Aurat merupakan perkara yang wajib dalam Islam kerana tanpa menutupi aurat seolah-olah kita telah mencalarkan nama baik agama Islam dalam diam-diam kita menghina agama Islam. Jika tidak tutup aurat maka ibadah pun tidak sah seperti solat 5 waktu.


Lelaki dan wanita yang menutup aurat maka jodohnya dikategorikan insan-insan yang terbaik dan dalam kalangan insan yang boleh membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat.


Dunia akhir zaman ini, bermacam-macam fesyen dikeluarkan di pasaran yang bercanggah dengan agama Islam dan menjadi satu trend yang diikuti. Ada yang mahu popular tanpa menyedari bahawa dia itu agama Islam. Di mata manusia sehingga memakai pakaian yang dia sendiri tidak sedar dia gama Islam. Manusia yang tidak menutup aurat maka seksaan akhirat menanti anda dengan berbagai seksaan menanti.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

LUAHAN HATI BERSAMA TOPIK " MENUTUP AURAT" PERBEZAAN 'BERTUDUNG' DAN 'MENUTUP AURAT'

Buat sahabat saya yang dihormati semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, saya sihat. Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat..! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka.


Mengikut cakap awak (kamu), bahawa satu tika dahulu awak ini selalu buka tudung. Betul..? Ok.. Saya tidak marah awak. Cuma saya takut Allah marah awak. Begini wahai sahabat saya. Di sana terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat". Islam menggalakkan / mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi auratnya masih tak sempurna dijaga. Awak kena faham perkara ini elok-elok (baik-baik)


Yang penting menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bulat, jubah dan sebagainya asalkan semua itu menutup aurat. Bukan makna mereka (kaum wanita) yang berpakaian yang menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman. Tak..! Itu salah. Yang membezakan di antara seseorang insan dengan insan yang lain adalah kekuatan "taqwa" sahaja. Cuma pandangan di dunia ini sahaja yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka' itu melambangkan mereka golongan yang alim atau warak. Tapi, tak mustahil kan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Sunnah kehidupan.


Oh ya..! Awak sebagai wanita yang mengaku beragama Islam mesti kena jaga aurat awak. Peliharalah "menutup aurat" atau bertudung yang menutup aurat dengan sesempurna yang mampu dan boleh. Biarlah pada peringkat awal kita mendalami Islam ini, kita merasakan ianya seolah-olah satu penyeksaan tetapi lambat laun nanti akan datang juga kepada awak kemanisan Iman ini... Insya Allah, awak akan menjadi Sri Kandi Islam yang agung kelak..! Percayalah.. Jangan sesekali membuka "aurat" pada tempat atau pada orang yang memang tak layak atau "haram" untuk melihat aurat awak itu. Nak (mahu) menunjuk rambut yang lawa atau cantik pada orang..? Itu satu jawapan yang meleset untuk jangka masa yang panjang. Di dunia rambut kita menjadi pujian manusia. Tetapi di akhirat esok, wanita yang tak menutup auratnya maka akan menerima pembalasan yang setimpal. Dibakar rambutnya..! Begitu azab sekali seksaan Allah.


Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Awak faham kan..? Bila buka tudung / dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang..? Subhanallah.. Adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah..? Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. Tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang bukan mahram (boleh dikahwini) tak elok. Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram.. (boleh dikahwini) tak elok. Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias / bersolek / bercantik untuk seseorang ialah kepada suami tercinta di rumah. Itu satu contoh yang mudah.


Untuk menghapuskan dosa awak yang telah lalu ialah dengan cara bertaubat. Saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang bertaubat dalam email lepas. Jika, benar-benar awak bertaubat dengan taubat "nasuha" iaitu taubat yang suci murni tulus ikhlas pada Allah, InsyaAllah tanda-tanda keikhlasan taubat awak itu akan kelihatan selepas itu. Awak akan berasa takut untuk membuat dosa. Awak akan rasa sensitif sekali untuk mengulangi dosa yang lalu. Awak tentu akan rasa selesa sekali pabila yakin yang dosa awak akan diampunkan Allah kan..? Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepadaNya.


Lelaki dan perempuan masing-masing menjadi ujian buat sesama jantina atau berlawanan jantina. Awak menjadi salah satu ujian Allah buat saya dan saya menjadi salah satu ujian Allah buat awak. Yang penting ujian ini perlu ditelusuri/dilalui dengan sebaik-baiknya.


Saya juga berharap "persahabatan" ini akan berlansung dalam suasana yang sederhana dan tidak ada yang berlebih-lebihan dalam persahabatan ini. Islam menggalakkan kita agar besederhana.Awak mesti ingat, bahwa kekasih sejati yang sesekali tak menipu dan tak ambil kesempatan di atas kelemahan kekasihnya adalah Allah.


Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Sebelum menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim, beliau (Rabiatul Adawiyah) merupakan penari gelek. Semua orang tahu kisah hidupnya. Tetapi, siapa sangka selepas itu beliau bertaubat dan terus beribadat kepada Allah dan kehidupannya yang baru jauh berbeza dengan kehidupannya yang lama. Dahulu penari gelek tetapi sekarang hamba Allah yang kuat taqwanya. 


Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Dan kisah buruknya yang lalu tenggelam ke dasar bumi. Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu. Saya harap awak dapat meniru rentak Rabiatul Adawiyah. Boleh tak..? Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting awak sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa..


Saya berdoa agar Allah membantu sahabat dalam segala tindak tanduk dan geri ketika menelusuri kehidupan dunia yang beronak duri ini. Yakinlah awak boleh..! Boleh..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SEKSAAN AKHIRAT

Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.


Peristiwa Isra'

  1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

  2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

  3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

  4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

  5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

  6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

  7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

  8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

  9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

  10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar. 




Peristiwa Mi'raj

  1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

  2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

  3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

  4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

  5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

  6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

  7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

  8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

  9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

  10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MUHASABAH DIRI

Ustaz menepis alasan tak nak solat :


Ustaz saya tak boleh kena air.. 
TAYAMUM..!!!


Ustaz saya tak boleh berdiri.. 
DUDUK..!!!


Ustaz kaki saya tak boleh lipat.. 
Duduk atas kerusi..!!!


Ustaz tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul.. 
BARING dan gunakan mulut


Ustaz tak boleh gerakkan mulut.. 
Solat dengan SYARAT iaitu guna MATA..!!!


Guna mata pun tak boleh ustaz.. 
Solat guna HATI..!!!


Kalau masih tak boleh guna hati.. 
BUNGKUS bawa ke KUBUR..!!



Ustaz, saya kata, ada di sini kaya seperti Nabi Sulaiman..? 


Bagaimana kekayaannya..? Seluruh 1 hektar tanah keseluruhannyai binaannya daripada emas.. Ada di sini perkarangan rumahnya keseluruhannya emas..? Kalau dulu ada orang kaya sekurang-kurangnya giginya saja diletak emas..



Ustaz, saya miskin.. 


Ada di sini kalah miskinnya NABI ISA..? Bagaimana miskinnya NABI ISA..? Dua saja hartanya di dunia ini iaitu sikat rambut dan pakaian yang melekat pada dirinya..



Ustaz, saya berpangkat.. 


Ada di sini kalah pangkatnya Nabi Muhammad..? Bagaimana pangkatnya Nabi Muhammad..? Baginda adalah ketua negara bagi beberapa negara pada zaman sekarang ketua negara hanya memerintah 1 negara..



Ustaz, saya sakit ustaz.. 


Ada di sini kalah sakitnya Nabi Ayub..? Bagaimana sakitnya Nabi Ayub..? Seluruh badannya di makan ulat namun baginda berdoa,

"Ya Allah, janganlah Kau biarkan ulat-ulat ini memakan hati dan mulutku.. Andai kata ulat ini makan hati dan mulutku siapa lagi yang akan mengingatMu.. Sapa lagi yang akan menyebutMu.."


Ustaz, saya kacak ustaz.. 


Ada di sini kalah kacaknya Nabi Yusuf..? Bagaimana kacaknya Nabi Yusuf..? Allah menciptakan kekacakkan itu 100.. 65 itu sudah diambil oleh NABI YUSUF.. Jadi baki tinggal 35.. 34 dibahagikan antara nabi-nabi yang lain.. Jadi sekarang tinggal 1.. Yang 1 inilah dikongsikan kepada seluruh umat manusia.. Tapi, yang 1 ini pun sudah ada yang luar biasa kekacakkannya tapi tetap ada yang malas solat.. 


Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TIPS KECANTIKAN CARA ISLAM

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

  1. Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

  2. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku. (HR Ahmad)

  3. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

  4. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS ie, selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

  5. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...